United Nations Economic and Social Council (ECOSOC) | Majlis Ekonomi dan Sosial Bangsa-Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Salah satu badan utama dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Anggotanya dilantik oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengikut giliran berdasarkan kewilayahan dan tempoh keanggotaannya selama tiga tahun. Fungsi badan ini terbahagi kepada tiga kategori umum. Pertama, membincangkan dan mengesyorkan cadangan dalam isu berkaitan hak asasi manusia, pelarian, pembangunan ekonomi dan sosial, kebudayaan, pendidikan, kesihatan, bekalan makanan, pengangkutan dan perdagangan, populasi, dadah, perumahan, keadaan buruh, dan komunikasi. Kedua, melakukan kajian dan membuat laporan yang berkaitan dengan kategori pertama. Laporan ini menjadi sumber maklumat utama yang digunakan oleh kerajaan dan penyelidik persendirian. Ketiga, menyelaras segala aktiviti dan perhubungan antara pelbagai agensi yang terlibat dalam program ekonomi dan sosial antarabangsa. Sinonim ECOSOC. |
Charter of the United Nations | Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Triti yang menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945 selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Draf asal piagam disediakan oleh empat negara kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, Great Britain dan China dalam Persidangan Dumbarton Oaks dan Yalta. Negara-negara lain kemudiannya dipelawa untuk menyertai perundingan dalam Persidangan San Francisco dan piagam tersebut dimeterai oleh semua negara anggota. Piagam tersebut memperuntukkan prinsip dan fungsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai satu triti, piagam tersebut memperuntukkan larangan terhadap penggunaan kekerasan seperti peperangan kecuali langkah keselamatan bersama dan pertahanan diri. |
United Nation's Development Programme (UNDP) | Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berperanan untuk membasmi kemiskinan, melaksanakan Perjanjian Paris dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan. |
United Nation�s Environment Programmme (UNEP) | Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berautoriti terhadap hal-hal berkaitan alam sekitar. |
United Nations Global Compact | Pakatan Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Usaha sama secara sukarela pihak swasta untuk melaksanakan prinsip kemampanan sejagat sejajar dengan matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. |
United Nations Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UNCRPD) | Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRPD) | Umum | Tiada | Dokumen rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan hak asasi OKU yang dipersetujui dan ditandatangani oleh negara-negara anggota. |
United Nations Environment Programme Finance Initiative (UNEPFI) | Inisiatif Kewangan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEPFI) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Usaha sama antara Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan sektor kewangan global untuk menggerakkan sektor kewangan swasta bagi pembangunan mampan. |
United Nations Principles for Responsible Investment | Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Prinsip beraspirasikan pelaksanaan pelaburan secara bertanggungjawab oleh rangkaian institusi kewangan antarabangsa yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. |
United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) | Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Konvensyen antarabangsa untuk menangani cabaran global perubahan iklim yang disepakati di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992. |
United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA)) | Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan di bawah PBB yang beribu pejabat di Amman, Jordan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1949 menggantikan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin sebagai pertubuhan utama PBB dalam hal ehwal pelarian Palestin. Pada tahun 1999, lebih kurang 3.6 juta orang yang menjadi pelarian akibat beberapa peperangan yang berlaku antara negara Arab dengan Israel, telah berdaftar dengan UNRWA. Daripada jumlah ini, 1.1 juta orang ditempatkan di kem pelarian UNRWA. Walaupun pada asalnya pertubuhan ini hanya memainkan peranan dalam urusan penghantaran balik pelarian ke negara asal mereka, ganti rugi dan penempatan semula, pertubuhan ini kemudiannya terpaksa memikul tanggungjawab menyediakan rumah, makanan dan pendidikan bagi pelarian ini di Lubnan, Syria, Jordan, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pertubuhan ini juga menghadapi pelbagai masalah berkaitan persaingan kepentingan antara Israel, negara- negara Arab dan pergerakan Palestin. Sinonim UNRWA. |