Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sém.bang] | برسيمبڠ

Definisi : berbual, berborak, bercakap-cakap: kita sama-sama ~ tiap-tiap malam di tembok itu dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sém.bang] | برسيمبڠ

Definisi : bercakap-cakap atau berbual-bual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembang (kata nama)
Bersinonim dengan perbualan, percakapan, borak, obrol;,
Kata Terbitan : bersembang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chat abbreviation;singkatan sembangTeknologi MaklumatTiadaSingkatan yang digunakan semasa bersembang untuk mempercepat penaipan pada papan kekunci. Contohnya, TTYL - Talk To You Later dan BTW - By the way. Singkatan ini semakin lumrah digunakan di kalangan pengguna telefon semasa menghantar SMS. Sinonim akronim sembang
bot sembangchatbotKecerdasan BuatanKomunikasiPerisian aplikasi yang direka bentuk untuk mensimulasi dan memproses perbualan manusia, sama ada bertulis atau lisan, yang membenarkan manusia berinteraksi, bersembang atau berceloteh dengan peranti digital seolah-olah berkomunikasi dengan manusia sebenar. Walaupun tidak semua bot sembang menggunakan AI, kebanyakan bot sembang moden semakin banyak menggunakan teknologi perbualan berasaskan AI seperti pemprosesan bahasa tabii (NLP), pembelajaran mesin, dan model bahasa besar (LLM) yang membolehkan bot sembang memahami dan menjana teks atau suara untuk berbual seperti manusia berdasarkan input yang diterima. Contoh bot sembang yang popular adalah seperti OpenAI ChatGPT, Amazon Alexa, Google Assistant Gemini dan Apple Siri. Lihat juga perbualan AI.
real timemasa nyataTeknologi MaklumatTiadaKonsep interaksi antara komputer yang dijalankan secara semerta atau langsung tanpa lengahan masa, sama ada semasa memproses data atau semasa berkomunikasi seperti semasa bersembang dalam talian.
shynessmaluPsikologiPsikologi UmumKecenderungan individu untuk mengelakkan diri daripada orang lain di samping wujudnya perasaan penyekatan sosial. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya sukar untuk bertentang mata, bercakap perlahan dan tidak begitu berminat terhadap ajakan untuk bersembang. Malu yang teruk boleh membawa kepada kecelaruan psikologi seperti kemurungan, kesunyian, ketakutan, kebimbangan sosial dan rendah penghargaan kendiri. Individu ini biasanya kurang kemahiran sosial dan sering berasa bimbang sehingga membuatkan mereka kadangkala gugup apabila bertemu dengan orang lain, terasa diketepikan dan terlalu menyalahkan diri sendiri.
real-time systemSistem Masa NyataTeknologi MaklumatTiadaSebarang sistem yang memberi respons kepada isyarat input serta merta atau pantas supaya sistem dapat beroperasi dalam masa yang ditentukan. Pemasaan tindak balas (output) yang menyusul input sistem masa nyata adalah sangat kecil dan boleh diterima. Respons sistem masa nyata lazimnya dalam beberapa milisaat. Contohnya program ICQ yang membolehkan pengguna bersembang pada masa nyata dan sistem kawalan trafik udara.

Kembali ke atas