| ring spotlight | lampu sorot gelanggang | Sukan | Tiada | Lampu yang dipasang bersetentangan di atas gelanggang untuk menerangi keseluruhan gelanggang. |
| opposing teeth | gigi setentang | Perubatan | Tiada | Gigi pada mandibel dan maksila yang bersetentangan dan akan bersentuhan jika mandibel pada posisi sentrik. |
| oblique photograph | foto condong | Perhutanan | Tiada | Foto udara yang diambil bukan dari sudut selari atau bersetentangan dengan objek. |
| crosslot bracing | rembat silang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Rembat yang dipasang merentasi dua tebing tanah yang bersetentangan. Ia bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan kedudukannya semasa aktiviti pengorekan sedang berjalan. |
| oblique photograph | foto condong | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Foto udara yang diambil bukan dari sudut selari atau bersetentangan dengan objek. |
| Jeruju | Acanthus ilicifolius | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali sebagai jeruju putih. Daunnya jenis ringkas yang tersusun bersetentangan dan tepi daun bergerigi sinuat serta hujungnya tajam. Jambak bunga bentuk spika keluar dari terminal dan aksilari pokok. Bunganya putih keunguan, buahnya jenis kapsul berbentuk bujur. Tumbuhan ini mengandungi flavon. Tumbuhan jenis renik biasanya tumbuh di kawasan lembap seperti di paya, tepi sungai dan di sawah. Air rebusan akar diminum untuk merawat lelah, bengkak hati, gastrik, hepatitis, bengkak kelenjar limfatik, barah dan batuk kering. Biji yang telah dihancurkan ditelan dengan air untuk mencuci darah dan merawat kecacingan atau dijadikan sebagai ubat pupuk pada luka. Seluruh pokok melainkan akar juga digunakan untuk merawat luka, penyakit kulit, juga sebagai tonik rambut. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat reumatisme, luka terkena racun sumpitan dan racun ular. Air rebusan daun dan batang diminum sebagai tonik untuk menjaga kesihatan dan wanita lepas bersali |
| collar beam | rasuk relang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Rasuk pengikat yang terletak berdekatan dengan perabung dan dipaku merentasi dua kasau yang bersetentangan. Rasuk ini digunakan untuk menghalangi tujahan angin. |
| opposite | bersetentang | Botani | Tiada | Berkenaan dengan corak susunan daun pada batang dengan dua daun keluar daripada satu buku yang berada secara berpasangan dan bersetentangan antara satu sama lain. Corak susunan ini boleh terdiri daripada dekusat dan distik. Lihat juga dekusat, disitik. |
| dual control | kawalan duaan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Dua bebuli dalam sistem kawalan yang disusun berbentuk Y, yang biasanya dipasang pada dinding tanur yang bersetentangan antara satu sama lain. Fungsinya ialah untuk mengawal suhu udara yang masuk tanpa mengira arah pergerakan udara tersebut. |
| Brucea amarissima | Lada pahit | Pertanian | Tiada | Tumbuhan ini dikenali sebagai lada barau, melada pahit, cerek jantan, embalau, serajatdan sisik manik. Ia adalah tumbuhan renik dalam famili Simarubaceae, tinggi hingga 10m dengan daun majmuk, 12-62 cm panjang dan 5-15 anak daun tersusun bersetentangan, ovat atau lanseolat, akuminat, kuneat dengan tepi daun dentat. Permukaan daun berbulu. Bunga merah dengan empat cuping kaliks. Buah jenis kekeras dan menggerutu. Keseluruhan pokok terutama sekali akar digunakan untuk untuk merawat disentri ameba, diarea, malaria, demam, sakit perut, batuk dan keracunan dalam. Dalam ubatan tradisional Cina pokok diguakan secara luaran untuk rawatan buasir, puru, ulser dan kanser. Daun digunakan untuk merawat bengkak limpa, scurf, kurap, bisul dan gigitan lipan. |