| cyberpunk | siberpunk | Teknologi Maklumat | Tiada | 1.Orang yang bersikap antisosial yang menggunakan komputer untuk ekspresi diri, selalunya melakukan tindakan yang merosakkan komputer. 2.Suatu genre fiksyen sains bermula daripada novel Wiliiam Gibson(1982) yang bertajuk Neuromancer. |
| autocratic leader | pemimpin autokratik | Pengurusan | Perancangan | Seseorang ketua yang bersikap tegas dan keras terhadap pengikutnya dengan tidak mempedulikan pandangan dan pendapat mereka dalam menetapkan matlamat organisasi. Pemimpin autokratik lazimnya mempraktikkan komunikasi sehala dengan memberikan arahan supaya dituruti oleh pengikutnya. Dalam keadaan tertentu, gaya kepemimpinan autokratik boleh menjadi berkesan, misalnya dalam organisasi ketenteraan, organisasi yang sedang menghadapi krisis dan pendekatan dalam menangani situasi pekerja yang terlalu ramai atau kurang bermotivasi. |
| democratic leader | pemimpin demokratik | Pengurusan | Perancangan | Seseorang ketua yang bersikap terbuka terhadap pengikutnya dengan membenarkan mereka mengambil bahagian dalam menetapkan dan mencapai matlamat organisasi. Contoh pemimpin yang demokratik ialah mereka yang menggalakkan individu dan kumpulan di bawahnya untuk turut serta dalam proses membuat keputusan. |
| authoritarian parent | ibu bapa autoritarian | Sosiologi | Tiada | Ibu bapa yang bersikap mengawal dan berkuasa secara mutlak terhadap anak-anak mereka. |
| racialism | rasialisme | Sejarah | Tiada | Fahaman yang berpegang kepada perbezaan bangsa atau diskriminasi bangsa dengan bersikap prejudis atau prasangka kepada bangsa lain. |
| inner child | jiwa keanak-anakan | Sosiologi | Tiada | Sisi personaliti individu yang bertindak balas dan bersikap seperti kanak-kanak. |
| authoritarianism | autoritarianisme | Pendidikan | Tiada | Fahaman yang berpegang kepada nilai tradisi dan mempunyai pemikiran yang tegar serta bersikap anti demokratik. |
| toxic masculinity | kelelakian toksik | Umum | Tiada | Sifat dan kelakuan lelaki yang berasaskan norma budaya yang tidak sihat, seperti menekan emosi, bersikap dominan dan agresif. |
| violent behaviour | tingkah laku ganas | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tingkah laku agresif mana-mana individu yang memudaratkan diri sendiri, orang lain atau harta benda. Contohnya, seorang lelaki bersikap kasar dengan teman wanitanya sehingga mendatangkan kecederaan. |
| mental health treatment | rawatan kesihatan mental | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit mental untuk memulihkan tahap kesihatan mentalnya. Mental yang bercelaru menyebabkan pesakit mental bersikap agresif untuk melakukan jenayah. |