| ragged | bergerigi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tepi sesuatu permukaan yang tidak sama rata atau bertakik-takik tajam. |
| gelung ke atas betangkal tiga(Ib.) | gelung ke atas betangkal tiga(lb.) | Kesenian | Tiada | Gelung yang bertakik tiga dan hujungnya melengkung. |
| gelung nunduk betangkal dua(Ib.) | gelung nunduk betangkal dua(Ib.) | Kesenian | Tiada | Gelung yang hujungnya melentur dan bertakik dua. |
| Hutchinson�s tooth | gigi Hutchinson | Perubatan | Tiada | Gigi kacip kekal yang pinggir atasnya telah terubah bentuk menjadi bertakik dan menirus. Gigi yang berbentuk begini dianggap sebagai salah satu tanda penyakit sifilis kongenital. |
| evidence of wear (use) | bukti usang penggunaan (kesan) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah untuk melihat kesan penggunaan pada sesuatu artifak pada bahagian yang menjadi asas kepenggunaannya. Contohnya, penemuan kapak berleher atau bertakik ditemui di Gua Kepah (Kedah) yang patah di bahagian matanya, digunakan untuk tujuan berat seperti mencangkul manakala artifak seperti gelang batu dan tembikar tanah dikenal pasti bukti penggunaannya sebagai barang hiasan, tetapi jika artifak itu ditanam bersama si mati, menunjukkan sebagai lambang status. Buku ini terdapat pada tinggalan arkeologi di Gua Cha (Kelantan). |
| shoulder adze | beliung berbahu | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Beliung yang wujud pada Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Beliung berbahu mempunyai bentuk fizikal yang kecil, mata bersudut, bahagian badan bersegi empat kecil. Alat ini digunakan dalam aktiviti sesuatu upacara dan juga dijadikan sebagai alat untuk menarah. Tonjolan bersegi empat kecil digunakan sebagai asas meletakkan alat pemegang. Beliung berbahu mempunyai bentuk yang hampir sama dengan kapak bertakik tetapi terdapat sedikit perbezaan kerana kapak bertakik mempunyai pinggang di bahagian atas sementara badan dan matanya agak membulat. Beliung berbahu ditemui di tapak arkeologi di Rasa., Jenderam Hilir (Selangor) dan Hulu Tembeling (Pahang), |