| cell fusion | pertaupan sel | Bioteknologi | Tiada | Teknik yang digunakan untuk membolehkan sel atau protoplas bertaup. Lazimnya sel berpasangan dan mengakibatkan pembentukan sel baru yang tunggal. Sekiranya sel serasi secara genetik, nukleus juga akan bertaup dan hibrid sel yang hidup diperoleh. Pertaupan sel berlaku secara semula jadi semasa pembiakan seks apabila dua gamet bertaup membentuk zigot. |
| bentback occlusion | taupan condong belakang | Sains | Hidrometeorologi | Perenggan bertaup yang arah gerakannya telah terbalik kerana kejadian siklon baru (selalu terjadi di titik pertaupan) atau kadang kala kerana penganjakan siklon lama di sepanjang perenggan. Gerakan perenggan bertaup adalah ke barat dan/atau ke selatan di belakang perenggan sejuk yang berkaitan. |
| double fertilization | persenyawaan ganda dua | Biologi | Genetik | Persenyawaan yang berlaku dalam tumbuhan, iaitu apabila satu nukleus sperma bertaup dengan nukleus telur untuk membentuk zigot diploid dan satu lagi nukleus bertaup dengan nukleus polar untuk membentuk nukleus endosperma triploid. |
| epiphysis | epifisis | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Bahagian atau cuaran tulang yang terbentuk daripada pusat pengosan yang berlainan, kemudian bertaup dengan tulang. 2. Sejenis tulang kasar yang bertaup pada alveolus rahang dan bersambung dengan rotula pada landak laut. 3. Cuaran pada tibia serangga. 4. Karunkel yang berhampiran dengan hilum biji. 5. Organ pineal atau parapineal. |
| breakage and reunion model | model putus dan bertaup | Bioteknologi | Tiada | Model yang menerangkan cara rekombinan genetik yang melibatkan pemutusan dua molekul DNA ganda dua pada titik berpadanan dan diikuti oleh pertaupan semula. |
| network chain | rantai rangkaian | Kejuruteraan | Polimer | Rantai polimer yang bertaup dan berpaut antara satu sama lain. |
| occluded | temu-perenggan | Geografi | Tiada | Perihal dua gerakan bendalir yang bertembung dan bertaup. |
| endomixis | endomiksis | Biologi | Genetik | Proses persenyawaan sendiri apabila sperma dan telur nukleus daripada individu yang sama bertaup. |
| gamet | gamet | Biologi | Mikologi | Sel haploid yang terlibat dalam pembiakan seks. Dalam pembiakan seks ini, dua gamet bertaup untuk membentuk zigot. |
| combinatorial joining | penyambungan penggabungan | Biologi | Genetik | Satu kes dalam penyusunan semula gen apabila segmen V, J dan C bertaup secara rawak untuk menghasilkan variasi besar pada molekul antibodi.... |