Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bio.di.ver.si.ti] | بيوديۏرسيتي

Definisi : kewujudan berbagai-bagai spesies tumbuhan dan haiwan dlm persekitaran semula jadi mereka: Sarawak merupakan salah satu tempat di dunia yg memiliki ~ tertinggi;berbiodiversiti mempunyai biodiversiti: batu karang merupakan suatu ekosistem marin yg ~ tinggi dan perlu dikawal dan dijaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bio.di.ver.si.ti] | بيوديۏرسيتي

Definisi : kepelbagaian spesies tumbuhan dan haiwan dlm persekitaran semula jadinya: Sarawak ialah tempat yg memiliki ~ yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biodiversiti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
BiodiversitiTropical rain forestPertanianTiadaMerupakan satu jaluran tumbuhan malar hijau dari kawsan tropika basah yang tidak mengalami musim kering atau kawasan yang mengalami musim kering yang tidak nyata atau sedikit. Contohnya Hutan hujan Amerika di Lembangan Amazon, Hutan hujan Indo-Malaya di kawasan Asia Tenggara dan Hutan hujan Afrika di benua Afrika.
biodiversity offsetimbangan biodiversitiAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Alam SekitarUsaha untuk mengimbangi semula kehilangan biodiversiti disebabkan oleh pembangunan.
Key Biodiversity Area (KBA)Kawasan Utama Biodiversiti (KBA)Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Alam SekitarKawasan berkepentingan antarabangsa terhadap kelangsungan biodiversiti.
biodiversity hotspottapak biodiversitiSTEMTiadaKawasan tumpuan yang mempunyai jumlah kepelbagaian spesies yang tinggi, termasuk spesies terancam dan spesies endemik yang hanya boleh ditemui di kawasan tertentu.
planetary healthkesihatan planetAeroangkasaTiadaBidang yang memfokuskan isu kesihatan manusia dan hubung kait dengan alam semula jadi, biodiversiti serta perubahan iklim.
regenerative agriculturepertanian jana semulaSTEMTiadaTeknik amalan pertanian yang memulihara dan menjana sumber alam semula jadi untuk meningkatkan kualiti tanah, biodiversiti dan ekosistem.
agroecologyagroekologiSTEMTiadaKajian yang mengaplikasikan ekologi dalam sistem pertanian yang menggalakkan amalan pertanian mesra alam dan lestari untuk meningkatkan kesihatan biodiversiti dan ekosistem.
nature-based solutionspenyelesaian berasaskan alam semula jadiAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Alam SekitarTindakan untuk melindungi, memelihara, memulihara, menggunakan secara lestari dan menguruskan ekosistem semula jadi atau diubah suai bagi menangani cabaran sosial, ekonomi dan alam sekitar secara efektif dan adaptif, serta memberikan kesejahteraan manusia, khidmat ekosistem, ketahanan dan faedah biodiversiti.
agroforestryagroperhutananPertanianAgroteknologiSistem pertanian yang menggabungkan tanaman perhutanan dengan tanaman pertanian dan pengeluaran ternakan dalam satu unit pengurusan. Sistem ini penting bagi menghasilkan produk yang pelbagai dan pulangan pendapatan yang lebih tinggi. Tiap-tiap unit pengeluaran dapat saling membantu antara satu sama lain. Contohnya, hasil sampingan tanaman dapat digunakan sebagai makanan ternakan, manakala najis ternakan dan daun pokok hutan yang telah reput dapat meningkatkan kesuburan tanah. Peningkatan biodiversiti dalam sistem ini akan memberikan keadaan yang lebih stabil berbanding dengan sistem monokultur. Lihat juga monokultur.
arboretumarboretumPertanianAgroteknologiTaman yang menempatkan koleksi pelbagai jenis pokok untuk dijadikan panduan mengenal pasti jenis-jenis pokok. Setiap pokok diberi label nama botani dan nama biasa serta kepentingan ekonomi jenis pokok tersebut. Taman seperti ini telah mula diperkenalkan semasa tamadun Mesir lagi. Pada masa kini, arboretum tersohor terdapat di Kew Garden, UK, Washington Park Arboretum, dan Singapore Botanical Garden. Arboretum turut menjadi satu langkah pemuliharaan biodiversiti.
12

Kembali ke atas