Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bisnes


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
analitik bisnesbusiness analyticsKecerdasan BuatanPerkhidmatanProses mentransformasi data bisnes kepada ertian untuk membuat keputusan yang bijaksana. Analitik bisnes melibatkan pengumpulan, pemprosesan dan tafsiran data untuk mengenal pasti trend, pola dan cerapan yang boleh membantu organisasi mengoptimumkan operasi, menambah baik pembuatan keputusan dan mencapai matlamat. Antara kaedah yang digunakan seperti kaedah statistik, sains pengurusan, pembelajaran mesin dan pemodelan proses bisnes. Lihat juga ertian.
risikan bisnesbusiness intelligenceKecerdasan BuatanPerkhidmatanProses yang menggunakan alat data, aplikasi, infrastruktur IT dan amalan terbaik untuk menganalisis dan membentangkan data bisnes dengan tujuan menyokong pembuatan keputusan strategik dan taktikal yang termaklum. Aktiviti tipikal termasuklah pemvisualan data, penggudangan data, pemprosesan analisis dalam talian (OLAP), pertanyaan dan pelaporan. Lihat juga risikan.
business intelligencerisikan bisnesTeknologi MaklumatTiadaTeknik yang digunakan untuk mengenal pasti, mengekstrak, menyimpan, menganalisis data yang diperoleh daripada persekitaran organisasi bagi tujuan mendapatkan pengetahuan daripada hal ehwal sesebuah organisasi dengan menggabungkan seni bina sistem, alatan ekstrak, pangkalan data dan alatan analitik untuk membuat keputusan.
Management Information System (MIS)Sistem Maklumat PengurusanTeknologi MaklumatTiadaSistem maklumat berasaskan komputer yang digunakan untuk mengumpul, memproses dan mengeluarkan laporan yang diperlukan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah organisasi. Setiap fungsi bisnes lazimnya menggunakan sistem maklumat yang khusus. Sistem maklumat ini direka bentuk agar aliran maklumat dapat distruktur dan disepadukan dengan sistem maklumat pengurusan fungsi bisnes yang lain. Contohnya sistem maklumat perakaunan sebuah pasaraya mengeluarkan maklumat tentang kedudukan stok, pendapatan hasil jualan harian,mingguan dan bulanan. Contoh lain adalah sistem maklumat pelajar yang mengelurkan laporan statistik pelajar mengikut fakulti, kaum dan jantina.
presentation softwareperisian persembahanTeknologi MaklumatTiadaPerisian aplikasi yang digunakan untuk membangunkan bahan persembahan yang terdiri daripada teks, imej, animasi, grafik, video atau carta. Perisian persembahan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu perisian persembahan bisnes, alat pengarangan multimedia dan perisian yang mempunyai ciri-ciri kedua-dua perisian tersebut. Contoh perisian persembahan adalah seperti Microsoft Powerpoint, Freelance Grafics, Adobe Persuasion, Astound, Asymetrix Compel dan Harvard. Sinonim grafik persembahan.
data rayabig dataKecerdasan BuatanPerkhidmatanSet data yang terdiri daripada data berstruktur, semistruktur, tidak berstruktur atau gabungannya yang dikumpulkan dalam skala besar untuk tujuan analitik, termasuk memahami pola dan menyokong penyelesaian masalah dalam konteks operasi atau bisnes. Data raya lazimnya dicirikan oleh lima sifat utama (5V), iaitu: i. Isi padu (volume) bersaiz sangat besar. ii. Halaju (velocity) dihasilkan dan diterima pada kadar yang tinggi dan pantas. iii. Nilai (value) mempunyai kegunaan dan kepentingan analitik yang tinggi. iv. Pelbagai (variety) meliputi kepelbagaian format atau jenis data. v. Kesahihan (veracity) merujuk kepada kualiti, ketepatan dan kebolehpercayaan data.
risikanintelligenceKecerdasan BuatanPerkhidmatanProses mengumpulkan dan menyepadukan data dan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyokong pembuatan keputusan termaklum dan pembangunan sistem. Contoh sumber risikan ialah internet benda (IoT), laman web, pangkalan data dan media sosial. Contoh risikan adalah risikan bisnes, risikan keputusan dan risikan perisian.

Kembali ke atas