| taxability | kebolehcukaian | Ekonomi | Tiada | Keadaan yang boleh dikenakan cukai. |
| machine rating | pengkadaran mesin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Beban yang boleh dikenakan pada mesin dalam operasi normal secara berterusan tanpa menyebabkan mesin mengalami kegagalan akibat keadaan panas melampau. Contohnya, pam mesti beroperasi pada laju putaran yang dicadangkan oleh pembuat. |
| safety factor | faktor keselamatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Faktor yang boleh dikenakan pada anggota struktur berbanding dengan beban yang terbesar yang mampu dipikul olehnya tanpa kegagalan. Faktor keselamatan berbeza di antara satu struktur dengan struktur lain, iaitu 1.5 � 2.0 untuk tembok penahan dan 2.0 untuk asas bangunan. |
| creep limit | had rayap | Kejuruteraan | Tiada | Tegasan tegangan maksimum yang boleh dikenakan pada sesuatu bahan pada suhu tertentu, tanpa menyebabkan rayapan yang bererti. |
| yield strength | kekuatan alah | Farmasi | Farmaseutik | Takat tegasan maksimum yang boleh dikenakan ke atas suatu bahan untuk membentuk deformasi elastik. Bentuk partikel akan kembali kepada bentuk asal setelah kadar tegasan pada atau kurang daripada takat ini dialihkan. |
| elastic limit | had anjal | Sains Sukan | Biomekanik | Daya maksimum yang boleh dikenakan pada objek sebelum kehilangan keanjalannya. |
| field of magnetic force | medan daya magnet | Kimia | Tiada | Kawasan dalam ruang mengelilingi magnet yang dayanya boleh dikenakan ke atas jasad serupa yang lain yang tidak bersentuhan dengan magnet tersebut. |
| late cancellation | pembatalan lewat | Pelancongan | Tiada | Tindakan yang lambat untuk membatalkan sebarang tempahan pengangkutan atau penginapan dan boleh dikenakan caj. |
| dangerous tackle | tumbangan bahaya | Sukan | Tiada | Perbuatan menjatuhkan pemain lawan yang membawa bola dengan cara yang berbahaya, dan boleh dikenakan tindakan penalti. |
| taxable income | pendapatan boleh cukai | Pentadbiran | Tiada | Pendapatan bersih yang boleh dikenakan cukai. |