Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata britain


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Alabama IncidentPeristiwa AlabamaSains PolitikHubungan AntarabangsaKonflik antara Amerika Syarikat dengan Britain sewaktu perang saudara di Amerika Syarikat pada tahun 1860 hingga 1865. Konflik ini terjadi ekoran daripada penglibatan Britain yang membantu pihak konfederasi selatan Amerika Syarikat yang berperang dengan pihak utara Amerika Syarikat. Pihak Selatan mendapat bantuan kelengkapan kapal Britain terutamanya kapal Alabama. Ekoran peristiwa ini, konflik Amerika Syarikat dengan Britain berlanjutan sehingga kes ini dibawa ke mahkamah arbitrasi Geneva pada tahun 1872. Persengketaan ini tamat apabila pihak mahkamah memutuskan pihak Britain perlu membayar ganti rugi kepada Amerika Syarikat.
Balfour DeclarationDeklarasi BalfourSains PolitikHubungan AntarabangsaPerisytiharan sokongan Britain terhadap pembentukan negara Yahudi di Palestin. Deklarasi ini mengambil sempena nama Menteri Luar Britain, Arthur James Balfour yang mengutuskan surat sokongan kepada ketua persekutuan zionis Inggeris, Lord Rothchild pada 2 November 1917. Pernyataan sokongan ini menjadi dasar politik gerakan zionisme. Berikutan deklarasi ini, PBB bersetuju membahagikan Palestin kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk Yahudi dan sebahagian lain untuk Arab Palestin. Pada 14 Mei 1948, mandat Britain ke atas Palestin berakhir dan pada masa yang sama Israel mengisytiharkan pembentukan negara untuk orang Yahudi di Palestin.
WhiggismWhiggismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang memperjuangkan pengurangan kuasa raja dan meningkatkan kuasa parlimen atau dewan perundangan. Fahaman ini berkembang pada abad ke-17 hingga ke-19 di Great Britain dan seterusnya berkembang ke Amerika Syarikat yang sekali gus mendorong mereka menuntut kemerdekaan daripada monarki Britain. Fahaman ini bagaimanapun tidak menuntut kepada penghapusan kedudukan raja di Great Britain tetapi hanya mahukan pengurangan kuasa mereka. Dari gagasan inilah munculnya konsep berperlembagaan.
Chancellor of the Ex-Chequer (Britain)Menteri Kewangan (British)SejarahTiadaTiada
Big Four 1919Empat Kuasa Besar 1919 (Perancis, Britain, Itali, Amerika SyarikatSejarahTiadaTiada
imperial tapepita imperialKesenianTiadaIstilah Britain untuk pita kapas yang tebal.
intelligence serviceperkhidmatan risikanSains PolitikHubungan AntarabangsaPerkhidmatan yang dilaksanakan untuk mengumpul maklumat rahsia. Kegiatan pengumpulan rahsia ini biasanya dilakukan bagi pihak negara tertentu. Contohnya, di Britain terdapat dua organisasi yang menyediakan perkhidmatan risikan, iaitu Perkhidmatan Risikan Rahsia (MI6) yang beroperasi di luar negara dan Perkhidmatan Risikan (MI5) yang beroperasi di dalam negara Britain. Keduadua perkhidmatan ini terlibat dalam aktiviti pengumpulan maklumat bagi tujuan perisikan dan juga menentang serta membalas aktiviti perkhidmatan perisikan yang lain. Di Amerika Syarikat pula, Biro Penyiasatan Federal (FBI) ialah ejen perisikan domestik, manakala Agensi Perisikan Pusat (CIA) ialah ejen perisikan yang mempunyai kegiatan yang melibatkan perisikan luar negara.
boroughboroSejarahTiadaKawasan bandar atau parlimen di Britain yang menghantar seorang wakil atau lebih ke Parlimen.
catchmenttadahanGeologiTiada1. Istilah yang digunakan di Great Britain untuk kawasan yang mengumpul dan menyalirkan air hujan; lembangan saliran.,2. Lekukan yang mengumpul air hujan.,3. Banyaknya air yang dapat ditadah .
kano clothkain kanoKesenianTiadaFabrik kapas baldu buatan Britain yang dieksport ke Afrika. Ia kasar dan tebal, dicelup dengan warna ungu oleh orang asli Afrika.
12345678910...

Kembali ke atas