Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulan sembilan

Puisi
 

Kaju-kaju sembilan panjang,
     Pulas-pulasan si daun kayu;
Tujuh tahun sembilan bulan,
     Ingat-ingatan datanglah selalu.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fixed depositdeposit tetapEkonomiTiadaDeposit dalam institusi kewangan tertentu seperti bank perdagangan dan bank tabungan yang mempunyai tempoh simpanan tertentu seperti sebulan, tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan, dua belas bulan, atau lebih daripada setahun. Deposit minimum yang diperlukan oleh institusi kewangan di Malaysia ialah RM500. Kalau faedah simpanan berbeza mengikut tempoh matang. Jika simpanan hendak dikeluarkan sebelum tempoh matang, faedah simpanan mungkin tidak didapati atau dikira mengikut jangka yang lebih pendek yang memenuhi syarat. Sinonim deposit bermasa.
expected date of deliveryEDDKejururawatanTiadaKiraan tarikh kelahiran bayi menggunakan Nagele�s rule dengan cara mencampurkan sembilan bulan dan tujuh hari kepada tarikh hari pertama haid terakhir ibu.
charmpuisi pujaKesusasteraanPuisiPuisi tradisional atau puisi moden yang tema dan persoalan serta nadanya mengarah kepada pemujaan. Bentuknya kerap digunakan dalam mantera, jampi dan serapah. Contohnya, seperti mantera di bawah. Seri Dangomala, Seri Dangomali ! Hendak kirim anak sembilan bulan; Segala inang, segala pengasuh; Jangan beri sakit,jangan beri demam; Jangan beri ngilu dan pening; Kecil menjadi besar; Tua jadi muda; Yang tak kejap diperkejap; Yang tak sama dipersama; Yang tak hijau diperhijau; Yang tak tinggi dipertinggi; Hijau seperti air laut; Tinggi seperti Bukit Kaf.
cropping intensityintensiti penanamanPertanianAgronomi

 Kekerapan penggunaan sebidang tanah dengan aktiviti penanaman. Intensiti penanaman yang tinggi digambarkan dengan penggunaan tanah secara berterusan sepanjang tahun tanpa memberi ruang masa untuk tanah direhatkan daripada tanaman. Contohnya, kawasan jelapang padi di Kuala Selangor, intensiti penanamannya tinggi dengan padi ditanam lima kali dalam dua tahun. Tanaman baru dimulakan lebih kurang 20 hari selepas tanaman lama dituai. Sebaliknya, intensiti penanaman rendah terdapat di kawasan yang tidak menerima pengairan di Negeri Sembilan. Tanaman padi diusahakan hanya sekali setahun dan tanah dibiarkan sebagai kawasan ragutan ternakan selama 7 bulan. Intensiti penanaman tinggi memerlukan input baja yang tinggi dan lebih terdedah kepada risiko perosak dan penyakit.


Kembali ke atas