Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bung.kal] | بوڠکل

Definisi : 1. = bungkalan bongkah, gumpal: ~ tanah liat; 2. anak timbangan, timah dll pemberat jala: ~ jala; 3. sukatan berat (emas dll) yg bersamaan dgn 16 mayam atau 53.9 gram: emas se~; ~ genap menahan cuba, emas baik menahan uji prb keutamaan sifat seseorang dapat dicuba dan diuji; mengambil ~ kurang prb berasa tersinggung oleh perkataan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bungkal

Peribahasa

Neraca palingan bungkal,
     hati palingan Tuhan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Keris BungkalKeris BungkalKerisTiadaLihat Keris Buah Beka.
block chordkord bungkalKesenianTiadaTriad dalam kedudukan perdu.
Keris Buah BekaKeris Buah BekaKerisTiadaKeris yang mempunyai bentuk huruf 'U' yang kelihatan bulat tumpul di bahagian hujung mata. Sin: Keris Bungkal.
basso continuobasso continuoMuzikTiada

 Iringan muzik Zaman Barok. Gerakan harmoni untuk iringan muzik tersebut ditulis sebagai angka yang tercatat di bawah not bes. Angka ini dikenali sebagai bes figur (figured bass). Pemuzik akan melengkapkan bahagian iringan dengan kord bungkal, ornamentasi atau secara improvisasi. Hapsikord dan dabal bes biasanya digunakan dalam iringan muzik ini.


Kembali ke atas