Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.das] | چردس

Definisi : 1. sempurna akal (utk berfikir, meng­erti, dll), cerdik, pandai, pintar: manusia ialah binatang yg ~ sekali; rakyat memerlukan pimpinan yg ~; 2. sempurna pertum­buhan (perkembangan) badannya (spt sihat, tangkas, dll): sukan itu menjadikan tubuh ~; mencerdaskan menyebabkan cerdas: usaha itu dilancarkan utk ~ penduduk luar bandar yg terkebelakang; sukan itu dapat ~ tubuh; kecerdasan kesempurnaan akal (utk ber­fikir, mengerti, dll spt kepandaian, kepintar­an, kecerdikan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.das] | چردس

Definisi : 1 sempurna akal budinya; tajam fikirannya; pintar: Anak-anak dididik supaya menjadi orang yg baik budi lagi ~. 2 sempurna pertumbuhan tubuhnya; sihat dan segar: Seseorang itu dpt menjadi ~ jika ia cukup tidur, makan makanan yg berzat dan selalu bersenam. mencerdaskan menjadikan cerdas: Bersukan dpt ~ akal. kecerdasan hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerdas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intelligent agentagen cerdasTeknologi MaklumatTiadaAtur cara komputer atau perisian yang berfungsi membuat pemerhatian terhadap keadaan persekitaran dan bertindak dengan sewajarnya untuk mencapai sesuatu objektif mengikut kehendak pengguna. Agen cerdas juga boleh belajar dan menggunakan maklumat untuk mencapai sesuatu matlamat. Atur cara komputer boleh mengandungi fungsi abstrak yang menjadikannya agen cerdas. Contohnya, agen pembeli seperti di portal Amazon.com yang boleh mengumpulkan maklumat tentang suatu produk secara automatik dan berkesan.
sistem kawalan cerdasintelligent control systemKecerdasan BuatanPenyepaduan dan InteraksiSistem yang mengawal proses atau peranti dengan menggunakan teknik AI. Berbanding sistem kawalan tradisional, sistem kawalan cerdas boleh beradaptasi, belajar daripada pengalaman dan meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa. Sistem ini menggunakan penderia untuk mengumpulkan dan memproses data sebelum membuat keputusan atau mengambil tindakan menggunakan alkhwarizmi AI. Sistem kawalan cerdas boleh ditemui dalam robot, sistem kenderaan autonomi, dan sistem rumah pintar.
ejen cerdasintelligent agentsKecerdasan BuatanPenyepaduan dan InteraksiPerisian yang menggunakan AI untuk membuat keputusan atau melaksanakan tindakan bagi pihak pengguna secara automatik untuk mencapai matlamat tertentu. Ejen cerdas mengesan keadaan persekitarannya melalui input atau sensor, memproses maklumat yang dikesan diterima dan bertindak untuk membuat keputusan menggunakan teknik AI. Ejen ini juga mampu menyesuaikan tindakannya mengikut perubahan persekitaran. Contoh ejen cerdas termasuk ejen perangkak, ejen maklumat dan ejen peribadi.
pembantu peribadi cerdasintelligent personal assistantKecerdasan BuatanPerkhidmatanAplikasi yang menggunakan AI, pemprosesan bahasa tabii (NLP) dan teknik pembelajaran mesin untuk membantu pengguna melaksanakan pelbagai tugas seperti menggelintar maklumat di Internet, mencatat nota dan menghantar mesej yang diperibadikan. Pembantu ini direka bentuk untuk memahami arahan atau soalan dalam bahasa tabii dan memberikan respons yang berkaitan atau melaksanakan tindakan tertentu bagi pihak pengguna. Contoh pembantu peribadi cerdas termasuk Siri (Apple), Google Assistant (Google) dan Amazon Alexa (Amazon). Sinonim ejen peribadi.
antara muka pengguna cerdas (IUI)intelligent user interface (IUI)Kecerdasan BuatanKomunikasiProses antara muka yang menggabungkan AI dengan interaksi manusia komputer (HCI) bagi meningkatkan kecekapan interaksi, menjangka keperluan dan menyediakan pengalaman yang disesuaikan mengikut keperibadian pengguna. Sebagai contoh, alkhwarizmi AI digunakan untuk mengecam gerak isyarat pengguna yang sering diaplikasikan dalam teknologi realiti maya dan realiti terimbuh. Antara muka pengguna cerdas juga digunakan dalam bot sembang, pembantu digital dan sistem pengesyoran.
sistem cerdasintelligent systemKecerdasan BuatanPerkhidmatanSistem yang memiliki ciri-ciri kecerdasan yang menyokong kebolehan kognitif seperti persepsi, kawalan tindakan, penaakulan atau pemahaman bahasa tabii. Sistem ini boleh bertindak dengan rasional, beradaptasi melalui pembelajaran atau memberikan penerangan secara introspektif dengan menggunakan pangkalan pengetahuan. Lihat juga sistem AI.
intelligentcerdasPendidikanTiadaTiada
giftedpintar cerdasPendidikanTiada

 Individu yang mempunyai kebolehan umum tahap tinggi atau mempunyai satu atau lebih bakat dan keistimewaan yang spesifik.

intelligent terminalterminal cerdasKejuruteraanTiadaTerminal dalam sistem logik kongsi yang dilengkapi dengan pemproses dalaman dan penyimpan maklumat.
intelligence controllerpengawal cerdasKejuruteraanTiadaPengawal yang memastikan kesahihan sesuatu arahan.
12345

Kembali ke atas