| folk tale | cerita rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang disampaikan secara lisan dan biasanya berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan. Kebanyakan cerita rakyat mengandungi unsur fantasi, magis, dan bersifat tanpa masa dan tanpa tempat. Ceritanya pendek, tidak skematik, dengan gaya bahasa yang bersahaja seperti mitos dan legenda. Kadangkala, ceritanya panjang, skematik, dengan gaya bahasa yang stailistik dan formulaik seperti bentuk roman lipur lara atau cerita pari-pari. Kebanyakan cerita rakyat berbentuk prosa berbanding dengan cerita lipur lara yang bersifat separa prosa. Cerita rakyat terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya mitos, legenda, cerita binatang, cerita jenaka, cerita pari-pari atau lipur lara. Cerita rakyat yang amat popular dan tersebar luas dalam kalangan rakyat jelata ialah cerita jenaka seperti Pak Pandir, Lebai Malang, dan Si Luncai. Lihat juga formulaik. |
| duodrama | duodrama | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang penyampaian ceritanya mempunyai hanya dua watak. Contohnya, drama Misi karya Faisal Tehrani. |
| monologue drama | drama monolog | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang pengisahan ceritanya melalui perantaraan satu watak sahaja. Contohnya, drama Bukan Bunuh Dirikarya Dinsman. |
| lyrical drama | drama lirik | Kesusasteraan | Tiada | Puisi dramatis menggunakan bentuk drama untuk menyatakan tema ceritanya mengikut pandangan hidup dan emosi pengarangnya. |
| rising action | aksi menaik | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian plot dalam drama atau naratif yang pergerakan ceritanya meningkat melalui konflik yang semakin meruncing atau menegang, sehingga tiba ke kemuncak plot atau klimaks. Bahagian ini terletak selepas eksposisi atau pengenalan dan diisi dengan keruwetan, konflik dan ketegangan. Lihat juga babak, eksposisi, ketegangan, konflik, plot, puncak, ruwetan. Banding aksi menurun. |
| omniscience point of view | sudut pandangan serba tahu | Kesusasteraan | Tiada | Pengarang berbincang atau mempersembahkan bahan-bahan ceritanya seolah-olah ia mengetahui segala-galanya. |
| rising action | aksi menaik | Kesenian | Drama dan Teater | Bahagian plot dalam drama atau teater yang pergerakan ceritanya meningkat melalui konflik yang semakin menegang sehingga tiba ke kemuncak plot atau klimaks. Bahagian ini terletak selepas eksposisi atau pengenalan dan diisi dengan konflik dan ketegangan. Lihat jugaklimaks. Bandingaksi menurun. |
| opera buffa | opera buffa | Muzik | Tiada | Opera jenaka Itali yang popular pada abad ke-18. Ceritanya berkenaan dengan kehidupan seharian. Opera buffa mempunyai watak lucu dan elemen jenaka. Skripnya, iaitu libretto dalam bahasa Itali. Contohnya, Le Nozze di Figaro, K. 492 (1786) ciptaan Mozart dan // barbiere di Siviglia (1816) ciptaan Rossini. |
| rescue opera | rescue opera | Muzik | Tiada | Opera jenaka yang popular di Paris pada awal abad ke-19. Ceritanya tentang seorang pahlawan yang diselamatkan daripada satu peristiwa buruk atau pengalaman yang dahsyat. Contohnya, Fidelio, Op. 72a (1814) oleh Beethoven. |
| soap opera | lipurlara | Komunikasi | Tiada | Rancangan televisyen yang berbentuk rantaian mengenai suasana kehidupan manusia. Rancangan ini selalunya berbentuk drama dan ceritanya bersambung-sambung dari satu episod ke episod yang lain. |