| domain name | nama domain | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Nama domain, menggambarkan kedudukan atau lokasi sesebuah organisasi atau entiti lain dalam Internet. Contohnya, nama domain www.dbp.gov.my menunjukkan alat Internet bagi �dbp.gov.my� pada titik Internet 202.184.84.2 dan pelayan hor yang bernama �www�. Bahagian �dbp�, �gov�, dan �my� pula merupakan aras nama domain. |
| domain name | nama domain | Teknologi Maklumat | Tiada | Nama komputer hos yang menjadi pelayan. Contohnya nama domain komputer pelayan Dewan Bahasa adalah dbp.gov.my yang membawa maksud berikut; dbp adalah nama organisasi (hos), .gov adalah jenis organisasi hos (kerajaan) dan .my adalah nama negara (lokasi hos). Lihat nama domain layak penuh. |
| fully qualified domain name (FQDN) | Nama domain lulus penuh | Teknologi Maklumat | Tiada | Nama penuh suatu komputer hos yang setara bagi alamat IP komputer tersebut. Contohnya www.dbp.gov.my adalah setara dengan alamat IP komputer hos DBP iaitu 202.201.35.7. Lihat alamat IP, nama domain. |
| rangkaian semantik | semantic network | Kecerdasan Buatan | Taakulan | Satu kaedah perwakilan pengetahuan yang memodelkan hubungan bermakna antara objek atau konsep dalam struktur berpautan yang terdiri daripada nod (mewakili konsep) dan pautan (mewakili hubungan antara konsep tersebut). Sebagai contoh, dalam pernyataan �DBP mempunyai sebuah kereta berjenama Proton dan berwarna biru�, entiti seperti DBP, kereta, Proton dan biru diwakili sebagai nod, manakala hubungan seperti mempunyai, berjenama dan berwarna diwakili sebagai pautan yang menghubungkan nod tersebut. |
| homepage | laman | Teknologi Maklumat | Tiada | Halaman pertama yang dipaparkan apabila suatu tapak web dicapai. Contoh laman DBP adalah seperti berikut: Lihat laman web. |
| gaya Dewan | gaya Dewan | - | Tiada | Gaya penulisan dan penerbitan yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). |
| naskhah kulit(M) | naskhah kulit | Kesusasteraan | Tiada | Naskhah yang menggunakan kulit binatang yang sudah dikeringkan. Contoh: Hikayat Naga Berseru, salah sebuah naskhah yang disimpan oleh DBP yang ditulis di atas kulit kambing. |
| DNS (domain name system) | DNS (sistem nama domain) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem yang menukar nama domain Internet kepada alamat protokol Internet . Nama domain lebih mudah diingat dan bermakna. Contohnya, www.dbp.gov.my . |
| domain name system (DNS) | sistem nama domain (DNS) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem yang memetakan alamat protokol Internet ke alamat nama domain yang boleh difahami pengguna. Contohnya, nama domain www.dbp.gov.my dipetakan daripada alamat protokol Internet 202.184.84.2. |
| electronic mail address | alamat mel elektronik | Teknologi Maklumat | Tiada | Merujuk kepada pengenalan pengguna yang berdaftar dengan sesuatu pelayan mel elektronik yang dikendalikan oleh sesuatu organisasi tempat pengguna itu bekerja (seperti dpb (Dewan Bahasa dan Pustaka), ukm (Universiti Kebangsaan Malaysia), dan lain-lain), atau organisasi perniagaan/bebas (seperti yahoo, mimos, tmnet dan lain-lain). Alamat mel elektronik (atau e-mel) berbentuk seperti berikut: @ Contohnya, arh@dbp.gov.my bermaksud pengguna arh berdaftar dengan pelayan e-mel yang nama domainnya ialah dbp.gov.my. Pelayan e-mel akan menyediakan fail kotak e-mel yang saiznya bergantung kepada sesuatu organisasi (contohnya 1MB atau lebih) untuk menyimpan e-mel yang diterima, dihantar keluar ataupun disimpan oleh pengguna tersebut. |