| taste | cita rasa | Kesusasteraan | Tiada | Pertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat. |
| bitonality | dwitonal | Muzik | Tiada | Dua tonaliti yang berlainan berlaku secara serentak. Contohnya, tonaliti C major dengan F-sharp major wujud serentak dalam sesuatu karya. Dwitonal diperkenalkan pada awal abad ke-20. Contohnya, Petroushka (1910-1911) oleh Stravinsky. Lihat juga politonal. |
| cyanide | sianida | Kimia | Tiada | 1. Garam tak organik yang mengandungi ion sianida, CN‒. Sianida sangat beracun kerana keupayaan ion CN‒ nya untuk bergabung dengan ferum di dalam hemoglobin lalu menyekat pengambilan oksigen oleh arah. 2. Kompleks koordinatan logam yang terbentuk dengan ion sianida. |
| hadrah | hadrah | Muzik | Tiada | Tarian dan muzik yang berkaitan dengan nyanyian zikir. Nyanyian ini berbentuk puisi yang memuji Nabi Muhammad SAW. Persembahan biasanya melibatkan nyanyian 8-12 fasal daripada Kitab Zikir. Gaya nyanyian secara bersahut-sahutan antara dua kumpulan korus. Di Perlis, ensembel ini dikenali sebagai hadrah, sementara di Terengganu, dikenali sebagai rodat. Ensembel hadrah terdiri daripada beberapa buah rebana yang dikenali sebagai gendang hadrah. Ensembel rodat pula terdiri daripada tar rodat, iaitu rebana kercing. Ensembel ini dimainkan dalam majlis keramaian. Sinonim rodat. |
| advertorial | iklan rencana | Komunikasi | Korporat | Salah satu daripada genre iklan media elektronik dan media cetak. Genre iklan ini dikenali dengan sifat persembahan- nya yang menyerupai sebuah artikel, berita atau sebuah rancangan bicarawara. Pendekatan penulisan dan persembahannya menggunakan teknik penulisan sebuah berita atau artikel dan penerbitan sebuah rancangan radio atau televisyen. Pendekatan ini juga menekankan aspek realiti barangan atau perkhidmatan, dan kerap mengaitkan hasil penyelidikan barangan tersebut dengan fakta tentang kebaikan barangan. Kadangkala pendekatan ini melibatkan jurucakap profesional serta individu terkenal dan berwibawa bagi membina kesedaran jenama dalam kalangan khalayak. |
| cadmium plating | penyaduran kadmium | Kesenian | Tiada | Proses menyadur benda kerja dengan kadmium untuk menghindarkan permukaan nya daripada berkarat. |
| kitchen garden | taman dapur | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang mengandungi tanaman herba dan rempah yang sering digunakan dal am masakan seperti pokok halia, daun kari , serai dan sebagainya. Taman ini bi asa nya dibina berdekatan dengan kawasan dapur untuk memudahkan penggunaannya. |
| redox indicator | penunjuk redoks | Kimia | Kimia Analisis | Bahan yang digunakan untuk menunjukkan takat akhir suatu titratan redoks. Terdapat dua jenis, iaitu penunjuk redoks sebenar dan penunjuk redoks tentu. Penunjuk redoks sebenar ialah apabila bahan itu mempunyai warna keadaan terturun yang berlainan dengan warna keadaan teroksidanya dan perubatan warna terjadi apabila berlaku perubahan keupayaan sistem titratan, misalnya sebatian ferum (II) fenantrolin. Penunjuk redoks tentu ialah bahan yang berubah warna hasil tindak balas nya dengan salah satu spesies dalam sistem titratan misalnya kanji. |
| hydrolysis | hidrolisis | Geografi | Tiada | 1. Sejenis luluhawa kimia di mana air bergabung dengan mineral batuan untuk menghasilkan mineral lempung yang biasa nya tak larut air melalinkan dalam proses pengkarbonan. |
| potential difference | beza upaya | Teknik | Elektrik | Perbezaan keupayaan penolakan elektron di antara dua titik. Unit beza upaya ialah volt. Dalam litar terbuka, beza upaya di antara dua titik, seperti bateri, bersamaan dengan d.g.e.-nya, tetapi jika arus mengalir dalam litar tertutup beza upayanya ialah IR, dengan I ialah arus dan R ialah rintangan litar antara dua titik upaya yang diukur. |