| mass culture | budaya jelata | Komunikasi | Tiada | Budaya yang diamalkan oleh rakyat jelata atau ahli masyarakat biasa. Budaya ini tidak diamalkan oleh kumpulan bangsawan. |
| elite culture | budaya bangsawan | Komunikasi | Tiada | Budaya yang diamalkan oleh golongan elit atau bangsawan dalam sesebuah masyarakat. Budaya ini tidak diamalkan oleh golongan biasa. |
| conventional planting | tanam konvensional | Pertanian | Agronomi | Kaedah penanaman yang biasa diamalkan. Contohnya, bagi tanaman padi, benih ditanam di dalam semaian kemudian diubah ke sawah secara manual. Kaedah baru yang diamalkan pula ialah dengan menabur terus benih padi ke sawah, menggunakan mesin penabur. Bagi tanaman getah pula, tanam konvensional melibatkan jarak tanaman 9 meter x 12 meter, tanpa tanaman lain manakala kaedah tanaman baru yang diperkenalkan dan dinamakan pepagar dua baris mempunyai jarak 22 meter antara pepagar. Antara barisan pagar ini boleh ditanam dengan tanaman lain atau diamalkan penternakan. |
| town-meeting democracy | demokrasi kota | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang diamalkan di Athens, Greek pada tahun 500-321 SM. Demokrasi ini diamalkan secara langsung iaitu penduduk berbincang terhadap sesuatu isu dan mengundi secara terbuka. Dalam demokrasi ini, rakyat berpeluang memberi pendapat dan menyuarakan bantahan tanpa halangan serta tidak ada perwakilan digunakan. Walau bagaimanapun terdapat juga halangan penglibatan demokrasi ini kepada golongan tertentu seperti wanita dan hamba. Lihat juga demokrasi langsung. |
| log pond | betau balak | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Kolam yang biasnya berhampiran dengan kilang pemprosesan yang digunakan untuk menyimpan kayu balak dengan selamat untuk jangka masa melebihi 3 bulan. Kaedah ini banyak diamalkan di negeri Sarawak dan Sabah dan biasanya diamalkan oleh syarikat pembalakan yang besar. |
| crop rotation | pergiliran tanaman | Pertanian | Agronomi | Sistem penanaman melibatkan jenis tanaman yang berbeza, secara bergilir pada sebidang tanah. Antara sebab sistem ini diamalkan adalah untuk mengelakkan peningkatan populasi sesuatu makhluk perosak atau agen penyakit sekiranya hanya satu jenis tanaman ditanam berulang kali pada petak yang sama. Dengan menanam jenis tanaman lain, perosak atau agen penyakit itu tidak dapat meneruskan kesinambungan kitaran hidup kerana tidak sesuai dengan perumah yang baru. Contohnya, tanaman cili tidak sesuai ditanam berulang kali di petak yang sama kerana masalah virus akan meningkat. Selain itu, pergiliran tanaman juga diamalkan untuk meningkatkan kesuburan tanah dengan menanam tanaman hijau atau kekacang yang dapat meningkatkan kandungan nitrogen dalam tanah. Di kawasan padi tanpa pengairan, pergiliran tanaman seperti tembakau dan tembikai diamalkan kerana tidak memerlukan banyak air. |
| log pond | kolam balak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kolam yang biasanya berhampiran dengan kilang pemprosesan yang digunakan untuk menyimpan kayu balak dengan selamat untuk jangka masa yang melebihi tiga bulan. Kaedah ini banyak diamalkan di negeri Sarawak dan Sabah, dan biasanya diamalkan oleh syarikat pembalakan yang besar. |
| Chemoautotrophy | Kemoautotrofi | Pertanian | Agronomi | Kaedah yang diamalkan oleh sesetengah protozoa dan bakteria untuk mendapat tenaga melalui proses pengoksidaan bahan tak organik dan bukan melalui proses fotosintesis. Tenaga ini digunakan untuk membentuk adenosina trifosfat (ATP), yang memainkan peranan dalam pengikatan karbon dioksida melalui kitaran Calvin. |
| fantasy | fantasi | Perubatan | Tiada | Mekanisme psikik yang diamalkan oleh seseorang untuk melarikan diri daripada kenyataan yang mengganggu perasaannya. |
| prehistoric agriculture | pertanian prasejarah | Sejarah | Tiada | Pertanian yang diamalkan oleh manusia zaman prasejarah yang tidak mempunyai teknologi tinggi, hanya menggunakan batu-batu atau kayu sahaja. |