Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibahagi

Puisi
 

Labuan kedai Yahudi,
     Dari Beaufort di kedai Cina;
Kalau tuan berhati sudi,
     Bunga sekuntum dibahagi dua.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Suarang diagih,
     sekutu dibelah.

Bermaksud :

Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Buntar dikeping, suarang diagih).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
divisionpembahagianMatematikTiada1. Proses membahagikan sesuatu. 2. Satu operasi asas dalam matematik yang songsang kepada operasi darab. Apabila nombor a (yang dikenali sebagai yang dibahagi) dibahagi dengan b (yang dikenali sebagai pembahagi), hasil bahagi ialah c sekiranya hasil darab b dengan c ialah a (iaitu bc = a). Secara simbol, a ÷b = c (a dibahagi dengan b). Pembahagian dengan sifar (0) tidak bermakna. Jika pembahagian dijalankan dalam konteks nombor bulat sahaja, mungkin terdapat baki selepas pembahagian. Misalnya, 17 ÷ 5 = 3 dengan baki 2 kerana 17 = 3 x 5 + 2.
octantoktanMatematikTiada1. 1/8 daripada ruang yang dibahagi 8 sama oleh satah Cartesan.  2. 1/8 daripada sektor bulatan yang telah dibahagi 8 sama.,2. 1/8 daripada sektor bulatan yang telah dibahagi 8 sama.
dividendyang dibahagiMatematikTiadaKuantiti yang dibahagi dengan kuantiti lain dalam operasi bahagi. Misalnya, 20 dalam 20 ÷ 4.
hydraulic diffusivityketerbauran hidraulikGeografiTiadaKeterusan dibahagi dengan pekali simpanan, atau kekondukan hidraulik dibahagi dengan simpanan spesifik.
hydraulic diffusivitykeresapan hidraulikHidrogeologiTiadaKeterusan dibahagi dengan koefisien simpanan, atau kekonduksian hidraulik dibahagi dengan simpanan spesifik. Ini ialah kekonduksian medium tepu bila unit isi padu air yang bergerak adalah yang terlibat dalam perubahan hulu sebanyak satu unit dalam satu unit isi padu medium. Dengan beranalogikan keresapan, tatanama dalam teori konduksian hulu dapat dianggap sebagai �kekonduksian potensiometri� (USGS). (Dimensi: L2T-1) Ruj.: Lohman drr. 1972
velocity, average syn. velocity, meanhalaju purataHidrologiTiada(1) Di sungai Luahan dibahagi dengan keluasan keratan rentas normal. (2) Di air-tanah Luahan spesifik dibahagi dengan keliangan. Sin.: halaju min
gram equivalent weightberat gram setaraFarmasiTiadaKuantiti bahan dalam gram yang sama dengan berat molekul dibahagi dengan bilangan cas pada molekul terion. Dalam kes pengoksidaan dan penurunan, gram berat molekul dibahagi dengan bilangan elektron yang diperoleh atau dikeluarkan oleh molekul berkenaan dalam suatu tindak balas kimia yang spesifik.
precinctkawasanSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bahagian dari wilayah atau daerah kecil yang mempunyai sempadan yang jelas, dibahagi berasaskan fungsi pentadbiran, seperti kawasan pilihan raya, kawasan pengawasan polis atau kawasan mukim pentadbiran penghulu. Terdapat beberapa kawasan dalam satu wilayah yang lebih besar yang dibahagi mengikut fungsi pentadbiran ini yang lerletak bersebelahan atau berdekatan antara satu dengan yang lain. Satu kawasan ini mempunyai penduduk, sekolah, tempat ibadat, pasar dan kawasan perniagaannya sendiri. Contohnya, bangunan pentadbiran utama termasuk Pejabat Perdana Menteri terletak dalam Presint 1 Putrajaya.
muzaraah objectivematlamat muzara‘ahEkonomiEkonomi IslamHasil yang ingin dicapai daripada akad muzara‘ah, iaitu tanaman telah mengeluarkan buah, buah telah masak, selamat dituai dan hasil telah dibahagi. Sebaliknya jika hasil belum diperoleh dan belum dibahagi, maka matlamat tersebut belum tercapai.
divide-by-N circuitlitar dibahagi NKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas