| terra cotta | terra cotta | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tanah liat yang dibakar sehingga mengeras pada suhu tertentu. Kesan pembakaran menyebabkan tanah liat dibentuk terlebih dahulu sebelum dibakar. Contohnya, arca, bata, seramik dan barang perhiasan. |
| smoking | pengasapan; penyalaian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Pengasapan: Perihal mengeringkan atau memanggangkan sesuatu di atas benda yang dibakar sehingga gas kelihatan keluar berkepul-kepul dari benda yang dibakar.,2. Penyalaian: Perbuatan atau proses mengeringkan atau mengasapi makanan atau sebagainya di atas api. |
| fuel oil | minyak bahan api | Kejuruteraan | Petroleum | Cecair atau hasil petroleum yang boleh dicairkan yang dibakar untuk menghasilkan haba dalam tungku atau kotak bakar, atau untuk menghasilkan kuasa di dalam enjin, tidak termasuk minyak yang mempunyai takat kilat kurang daripada 100 darjah Fahrenheit (ditentukan dengan kaedah penguji tertutup tag) dan minyak yang dibakar dalam pembakar kapas atau pada sumbu lampu. Minyak bahan api dalam penggunaan biasa dapat dimasukkan ke dalam kelas:- 1) Minyak bahan api bakim iaitu minyak baki yang didapatkan daripada operasi penulenan. 2) Minyak bahan api sulingan, iaitu terbitan sulingan yang langsung atau tidak. |
| brick | bata | Kesenian | Seni Bina | Bahan binaan yang diperbuat daripada tanah liat berukuran 100 x 250 x 75 mm yang dibakar. Tahap kekuatan bata berbeza mengikut keperluan penggunaannya. Lazimnya, bata berkekuatan biasa digunakan untuk membuat dinding bangunan berkerangka, manakala bata kejuruteraan digunakan sebagai dinding penerima beban, tiang penerima beban, tembok penahan, jambatan dan pembinaan berkejuruteraan tinggi yang lain. Kaedah awal pembuatan bata adalah dengan menggunakan acuan. Namun melalui industri perkilangan, tanah liat dimampatkan dan dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Kini, terdapat bata tanah liat yang tidak dibakar tetapi menggunakan sambungan tanggam tanpa diikat dengan turapan. Selain itu, bata juga boleh dihasilkan daripada bahan-bahan lain seperti gabungan pasir dan simen, jerami dan simen, sampah sarap dan simen, serta silika dan gipsum. |
| fumigant | wasap) | Perubatan | Tiada | Sejenis insektisid yang dibakar atau diwapkan untuk membentuk gas atau wap yang boleh membunuh serangga perosak. |
| fumigant | racun sembur | Biologi | Ekologi | Racun yang dibakar atau disejat untuk membentuk gas atau wap, yang biasanya digunakan untuk membunuh haiwan perosak di dalam bangunan. |
| rusk | roti rapuh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Roti yang dibakar di dalam ketuhar sehingga keras, garing, rapuh dan perang. |
| coke iron | besi kok | Kesenian | Tiada | Besi yang dibakar dengan arang kok. |
| hacking | pemanggasan | Kejuruteraan | Tiada | Cara menyusun bata untuk dibakar. |
| shirred egg | telur bembam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Telur yang dibakar dalam bekas bermentega tohor. |