| thermal switch | suis haba | Teknik | Elektrik | Suis yang dikendalikan oleh haba. Suis ini biasanya boleh dilaraskan kepada suatu takat suhu atau kadar arus yang dibawanya. Contoh penggunaan suis ini ialah dalam kawalan motor untuk melindungi motor daripada pertambahan arus akibat pertambahan beban atau sebab-sebab lain. |
| finishing rehearsal | latihan penghalusan | Kesenian | Drama dan Teater | Proses latihan untuk memantapkan aspek lakonan keseluruhan pementasan. Pada tahap ini pengarah akan memberikan tumpuan yang lebih terperinci kepada setiap pelakon mengikut watak yang dibawanya. |
| all-day efficiency | kecekapan sepanjang hari | Teknik | Elektrik | Purata kecekapan peralatan elektrik dalam tempoh 24 jam. Purata ini penting untuk mengetahui kecekapan sesuatu alat menggunakan tenaga setelah dipasangkan beban dan dikendalikan selama 24 jam, supaya dengan itu dapat diketahui beban yang mampu dibawanya. Kecekapan ini diukur dalam unit kilowatt-jam. |
| consumer watt unit | unit watt pengguna | Teknik | Elektrik | Kotak fius yang biasanya berpenutup daripada kayu atau logam, dan mengandungi deretan fius litar akhir atau pemutus litar model kecil bersama suis dua kutub. Unit ini digunakan untuk mengawal keseluruhan pemasangan kecil yang menggunakan fasa tunggal dan untuk pembahagian litar akhir yang dapat disediakannya; misalnya fius litar akhir enam hala bererti terdapat enam litar akhir yang mampu dibawanya. Sinonim unit pengguna. |