| bacteriocin | bakteriosin | Bioteknologi | Tiada | Protein yang dibebaskan oleh bakteria tertentu dan menyebabkan kematian mikroorganisma yang ada hubungan dengan mikroorganisma penghasil, misalnya kolisin yang dibebaskan oleh Escherichia coli; piosin yang dibebaskan oleh Pseudomonas aeruginosa, megasin yang dibebaskan oleh Bacillus megaterium, dan vibriosin yang dibebaskan oleh Vibrio sp. Protein ini bertindak dengan cara merencatkan sintesis protein atau bertindak ke atas DNA sel. Beberapa bakteriosin dapat dinyahaktifkan oleh tripsin. |
| fume | wasap | Kimia | Tiada | 1. Wap yang dibebaskan oleh cecair tak organik kuat atau secara penyejatan pelarut organik.,2.Gabungan asap dan gas yang terhasil daripada pembakaran tak lengkap.,3. Zarah sub-mikroskopik yang dibebaskan oleh logam atau oksida logam yang dipanaskan. |
| toxins | toksin | Veterinar | Tiada | Racun yang dibebaskan oleh organisma hidup, terutamanya bakteria dan kulat. Pada amnya, bahan ini yang juga dikenali sebagai biotoksin tidak dapat diklasifikasikan dengan jelas secara kimia. Bergantung kepada sumbernya, toksin boleh digolongkan kepada fitotoksin (toksin daripada tumbuhan), mikotosin (toksin daripada kulat) dan toksin bakteria (toksin yang dibebaskan oleh sel-sel bakteria). Toksin bakteria boleh dibahagikan kepada dua iaitu endotoksin yang dibebaskan apabila bakteria mati atau terurai dan eksotoksin yang dirembeskan oleh bakteria hidup ke persekitarannya. Dalam badan, racun ini bertindak sebagai antigen yang menghasilkan tindak balas imun. Contoh bahan ini ialah aflatoksin yang dihasilkan oleh Aspergillus flavus. |
| calorimeter | kalorimeter | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Alat yang digunakan untuk mengetahui amaun tenaga yang dibebaskan oleh sesuatu bahan makanan. Kalorimeter mengukur tenaga dalam bentuk haba yang dibebaskan dengan cara membakarnya dalam oksigen. |
| denitrifying bacteria | bakteria denitrifikasi | Biologi | Mikrobiologi | Bakteria yang terdapat dalam tanah, dan berperanan menguraikan ammonia, nitrit, dan nitrat tanah kepada gas nitrogen yang dibebaskan ke atmosfera. Tenaga yang dibebaskan semasa denitrifikasi digunakan oleh bakteria untuk proses penghidupannya sendiri. |
| latent heat | haba pendam | Kimia | Tiada | Kuantiti haba, dalam Jmol-1, yang diserap atau dibebaskan apabila sesuatu bahan mengalami perubahan keadaan, sama ada daripada keadaan pepejal kepada cecair, cecair kepada pepejal, cecair kepada wap atau wap kepada cecair tanpa perubahan suhu. Kuantiti haba yang dibebaskan atau diserap bagi satu kilogram jisim bahan disebut haba pendam tentu. |
| acquittal | pembebasan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Keputusan mahkamah atau tribunal jenayah yang membebaskan atau melepaskan seseorang tertuduh daripada tuduhan. Si tertuduh dibebaskan apabila di hujung perbicaraan, mahkamah mendapati si tertuduh �tidak bersalah�. Si tertuduh yang dibebaskan tidak boleh didakwa sekali lagi atas pertuduhan yang sama atas prinsip ancaman berganda. Amalan ini dipakai dalam undang-undang jenayah antarabangsa. |
| acquitted | dibebaskan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| acquitted and discharged | dibebaskan dan dilepaskan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| controlled release fertilizer | baja pelepasan terkawal | Pertanian | Agronomi | Baja kimia yang diolah supaya nutrien yang terkandung dalam baja dibebaskan secara perlahan-lahan agar kesan baja berpanjangan. Baja jenis ini biasanya disalut dengan bahan polimer seperti gelatin, supaya mineral seperti nitrogen, fosforus dan kalium yang terkandung dalam baja tersebut tidak mudah larut. Apabila gelatin mula hancur, mineral akan beransur-ansur dibebaskan dan larut dalam air tanah untuk diserap oleh akar tumbuhan. Selain gelatin, bahan yang digunakan dengan berkesan untuk melewatkan pelepasan nutrien ialah zeolit, sejenis batuan yang mengandungi banyak ruang udara. Tujuan penggunaan baja pelepasan terkawal adalah untuk mengelakkan pembaziran baja dengan menghalang pembebasan terlalu cepat yang menyebabkan nutrien berlebihan dilepaskan dan mencemar keadaan persekitaran. |