| real | sebenar | Kejuruteraan | Tiada | Perihalan imej yang dibentuk oleh persilangan sebenar cahaya, iaitu imej yang dibentuk oleh cahaya yang menumpu. |
| caretaker government | pemerintah sementara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang dibentuk untuk jangka masa tertentu sehingga kerajaan yang sah ditubuhkan. Dalam konteks politik, konsep ini merujuk kepada kerajaan yang dibentuk akibat daripada keadaan yang tidak stabil dalam sesebuah negara seperti berlakunya peperangan, kerajaan yang mendapat undi tidak percaya daripada parlimen ataupun parlimen telah dibubarkan. Amalan kerajaan sementara ini sering berlaku dalam sistem kerajaan yang dibentuk berasaskan kepada gabungan beberapa parti. Apabila berlaku perpecahan dalam gabungan tersebut, maka kerajaan yang sedia ada terpaksa dibubarkan. Semasa menunggu pembentukan sebuah kerajaan yang baharu, urusan pentadbiran negara tersebut akan diambil alih oleh pemerintah sementara ini. |
| interim government | pemerintah sementara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang dibentuk untuk jangka masa tertentu sehingga kerajaan yang sah ditubuhkan. Dalam konteks politik, konsep ini merujuk kepada kerajaan yang dibentuk akibat daripada keadaan yang tidak stabil dalam sesebuah negara seperti berlakunya peperangan, kerajaan yang mendapat undi tidak percaya daripada parlimen ataupun parlimen telah dibubarkan. Amalan kerajaan sementara ini sering berlaku dalam sistem kerajaan yang dibentuk berasaskan kepada gabungan beberapa parti. Apabila berlaku perpecahan dalam gabungan tersebut, maka kerajaan yang sedia ada terpaksa dibubarkan. Semasa menunggu pembentukan sebuah kerajaan yang baharu, urusan pentadbiran negara tersebut akan diambil alih oleh pemerintah sementara ini. |
| chateau potatoes | kentang bujur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kentang yang dibentuk bujur bersegi tujuh. 2. Kentang yang dibentuk seperti bulan sabit. |
| plastic | plastik | Kesenian | Tiada | 1. Sifat bahan yang mudah dibentuk, seperti tanah liat.,2. Bahan polimer buatan yang mudah dibentuk dan kukuh bila dijadikan sesuatu. |
| espaliered plant | pokok espalier | Landskap | Tiada | Pokok yang dipangkas dan dibentuk mengikut teknik espalier. Dalam teknik ini pokok dicantas dan dibentuk dengan rapi agar menurut kerangka yang diperbuat daripada dawai. Melalui cara ini pokok akan terbentuk seperti kerangka berkenaan. |
| plot | petak | Pertanian | Agronomi | Kawasan kecil yang dibentuk dengan membahagikan kawasan yang lebih besar untuk ditanam atau dibuat kajian. Contohnya, petak sawah dibentuk untuk mengawal pengairan, atau padang ragut yang dibahagikan kepada petak kecil untuk pengurusan ragutan. |
| junta | junta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Majlis atau jawatankuasa yang dibentuk sebaik sahaja suatu rampasan kuasa atau revolusi berlaku. Majlis ini dibentuk bagi menguruskan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan negara. Kini, penggunaan istilah junta lebih merujuk kepada badan pemerintahan negara yang diambil alih oleh kuasa tentera. Jawatankuasa ini dilantik khas oleh pemimpin yang berkuasa pada masa itu seperti jeneral atau kolonel tanpa melalui badan perundangan. Corak pemerintahan lebih cenderung kepada kepentingan pemerintahnya tanpa wujud pemisahan kuasa dan pengawasan oleh agensi pemerintahan yang lain. Contohnya, pemerintahan negara Myanmar sejak tentera mengambil alih kuasa. |
| self-government | kerajaan sendiri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang dibentuk dan dikuasai oleh penduduk tempatan tanpa campur tangan pihak asing. Kerajaan ini dapat dibentuk apabila sebuah negara itu bebas daripada penjajahan atau penguasaan pihak lain. Dalam pembentukan kerajaan ini, penduduk di sesebuah negara perlu menguruskan proses pemilihan wakil rakyat dan kemudian menentukan agenda pembangunan negara sendiri. Status berkerajaan sendiri bagaimanapun tidak menghalang negara ini berhubung dan bekerjasama dengan negara lain atau badan antarabangsa. Contohnya, Timor Leste sudah membentuk kerajaan sendiri setelah mendapat kemerdekaan dari Indonesia pada 2001. |
| powder pattern | pola serbuk | Fizik | Moden | 1 Pola garis pada filem atau kertas yang dibentuk dengan kaedah belauan serbuk oleh sinar-X. 2 Pola yang dibentuk oleh zarah koloid atau serbuk sangat halus yang terserak di permukaan bahan magnet. Pola ini menunjukkan domain magnet di dalam hablur tunggal bahan tersebut. |