| fresh meat | daging segar | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Daging mentah yang belum melalui sebarang kaedah pemprosesan kecuali pendinginan, pembekuan atau pembekuan segera, termasuk daging yang dibungkus-vakum atau dibungkus dalam suhu terkawal. |
| subscription box | kotak langganan | Pentadbiran | Tiada | Produk yang dibungkus dengan kotak, yang dihantar kepada pelanggan mengikut jadual secara tetap dan berulang. |
| cardboard covered | bungkusan kadbod | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kiriman yang dibungkus dengan menggunakan kadbod. |
| sous vide | sous vide | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Kaedah memasak makanan yang dibungkus secara vakum dalam kantung plastik atau balang kaca lalu dimasukkan ke dalam kukusan air. Contohnya, daging yang dimasak menggunakan kaedah ini mengambil masa selama satu hingga tujuh jam pada suhu 55°C hingga 60°C. Kaedah ini bertujuan untuk memastikan bahagian dalam daging dimasak dengan sempurna tanpa terlebih masak di bahagian luarnya dan memastikan kelembapan daging dikekalkan. |
| pre-packed medicines | ubat siap bungkus | Sains Kesihatan | Tiada | Ubat yang sudah siap dibungkus di kilang. |
| unit use | unit guna | Sains Kesihatan | Tiada | Kuantiti penggunaan sediaan farmasi yang telah dibungkus semula untuk menghasilkan satu unit dos. |
| opthalmic | larutan oftalmik | Farmasi | Tiada | Larutan steril yang bebas daripada zarah asing dicampur dan dibungkus bersesuaian untuk dititiskan ke dalam mata. |
| combination pack | pek gabungan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dua atau lebih produk herba yang dibungkus bersama-sama untuk dipasarkan. Produk-produk ini terdiri daripada produk berdaftar dan perlu didaftarkan semula sebagai produk tunggal yang dikelaskan sebagai pek gabungan. Sekiranya suatu produk pek gabungan terdiri daripada produk berdaftar yang dimiliki oleh pemilik yang berbeza, surat kebenaran daripada pemilik setiap produk tersebut perlu diserahkan untuk pendaftaran berserta dengan butiran produk, iaitu nama produk dan nombor pendaftaran produk. |
| ball and burlapped | bulat dan bungkus | Pertanian | Agroteknologi | Bahagian akar pokok yang dibentuk menjadi bulat dan kemudiannya dibungkus bagi tujuan memudahkan pemindahan pokok yang besar dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Apabila sesuatu pokok selesai digali, akarnya perlu dicantas kira-kira 1 meter daripada pangkal pokok. Tanah di sekeliling akar dibiarkan melekat pada pokok dan seluruh pokok bersama-sama tanah kemudiannya dikeluarkan. Bahagian pangkal akar perlu dibalut dan diikat dengan menggunakan bahan seperti guni. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kehilangan air daripada bahagian pangkal pokok tersebut. Pokok ini kemudiannya boleh dipindahkan ke kawasan yang baharu. |
| freezer burn | bakaran penyejuk beku | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Kerosakan visual dalam makanan sejuk beku yang tidak dibungkus dengan baik menyebabkan pemejalwapan daripada ais kepada wap air. Bakaran penyejuk beku menghasilkan tompokan pucat disebabkan oleh pengeringan pada permukaan makanan. |