| challenge feeding | pemakanan mencabar | Veterinar | Tiada | Amalan pemberian makanan kepada ternakan supaya ia dirangsang atau dicabar untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. Biasanya, lembu tenusu akan dicabar untuk menghasilkan susu sebanyak mungkin pada peringkat awal pengeluaran susu. Kaedah yang digunakan ialah dengan memberikan rangsum laktasi kepada lembu tenusu sebelum ia melahirkan anak dan diteruskan selepas kelahiran dengan pemberian makanan bijirin yang lebih tinggi dari yang diperlukan pada peringkat awal. Tujuan amalan ini ialah untuk memaksimumkan penghasilan susu pada minggu ke-3 hingga 8 tempoh laktasi. |
| dominant party | parti dominan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti yang sangat berkuasa dan menguasai kerajaan dalam sesebuah negara. Parti ini mendominasi politik sesebuah negara dan kedudukannya sukar dicabar oleh parti lain. Kekuatan parti ini dibuktikan melalui penguasaannya ke atas kerajaan yang tidak pernah tergugat setiap kali pilihan raya diadakan. Parti ini juga disinonimkan sebagai kerajaan. Penentangan terhadap parti ini sering dianggap sebagai menentang negara atau kerajaan. Contohnya, Barisan Nasional (BN) di Malaysia dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura. |
| stratocracy | stratokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem masyarakat yang mementingkan hierarki dan pangkat seperti kerajaan yang dikuasai oleh rejim tentera. Pemerintah memiliki kuasa tertinggi yang tidak boleh dicabar atau dipersoalkan, manakala golongan bawahan terpaksa akur dan mengikut arahan pemerintah. Contohnya masyarakat Sparta pada abad ke-6 hingga ke-2 SM di Greek dahulu. |
| monolithic party | parti monolitik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik yang mempunyai kedudukan yang sangat signifikan dalam masyarakat. Parti jenis ini memiliki ciri-ciri seperti sangat dominan, bersaiz besar, sukar diatasi oleh parti lain, mempunyai tahap kesepaduan dan ketahanan yang tinggi serta pengalaman yang banyak. Ciri-ciri ini telah menjadikan kedudukan parti ini sukar dicabar. Contohnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dapat dianggap sebagai parti monolitik memandangkan kedudukannya yang diterima ramai. Sinonim parti teguh. |
| deportation | penghantaran pulang | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan sesebuah negara menghantar pulang warga asing ke negara asalnya. Tindakan ini biasanya dilakukan terhadap warga asing tersebut yang telah melanggar undang-undang sesebuah negara. Walau bagaimanapun, dalam undangundang antarabangsa tidak ada sebarang alasan yang perlu diberikan bagi tindakan pengusiran ini. Contohnya, di United Kingdom, peraturan mengenai warga asing pada tahun 1953 memberi kuasa kepada Setiausaha Dalam Negeri untuk mengusir pihak asing keluar dari United Kingdom. Tindakan ini merupakan peraturan yang tidak boleh dicabar oleh sebarang pihak sekiranya tindakan tersebut dilaksanakan oleh sesebuah negara. |
| canon | kanun | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan karya yang diterima dan disahkan sebagai bermutu tinggi oleh para sarjana dan institusi yang berwibawa. Kanun berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud kayu yang lurus. Dalam tradisi agama, kanun merujuk kepada sekumpulan kitab sakral yang diterima sebagai tulen. Istilah ini juga merujuk kepada sekumpulan karya kesusasteraan daripada seseorang pengarang yang dianggap tulen. Contohnya, sebanyak 37 drama pentas yang hebat dipercayai dihasilkan oleh William Shakespeare. Akhir-akhir ini, konsep kesejagatan dan autoriti yang membentuk kanun dalam kesusasteraan mula dicabar. Umpamanya, kanun sastera dunia hanya merujuk kepada teks sastera Barat dan mengetepikan teks sastera lain, atau teks sastera golongan minoriti. Fenomena ini menunjukkan bahawa konsep kanun ini dipengaruhi ideologi dan kepentingan tertentu. Oleh itu, pembaca harus berwaspada apabila mengamati teks yang dianggap kanun dengan mengkaji sistem dan proses yang mengagungkan karya sastera tersebut. |
| battle of the books | perang buku | Kesusasteraan | Tiada | Sikap pertentangan pendirian atau pandangan para sarjana berhubung dengan penulisan klasik dan moden. Perang buku muncul di akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18, terutamanya di Perancis dan England. Sikap pertentangan tercetus akibat kemunculan pemikiran baharu yang berterusan dalam ilmu sains dan falsafah moden. Contohnya, di England sekitar akhir abad ke-17, Sir William Temple melalui tulisannya berjudul An Essay Upon the Ancient and Modern Learning (1690) menolak dakwaan bahawa sesuatu yang klasik lebih rendah daripada yang moden. Tulisan tersebut dicabar oleh William Wotton pada tahun 1694 melalui karyanya berjudul Reflections Upon Ancient and Modern Learning yang menyanjung tinggi keunggulan ilmu moden. Idea perang buku wujud berdasarkan tajuk sebuah prosa satira tulisan Swift berjudul The Battle of the Books yang membawa tema utama, iaitu sesuatu yang berasal dari zaman silam adalah lebih baik. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, idea perang buku bermaksud persaingan ideologi dan pemikiran yang berl |
| biographical criticism | kritikan biografi | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menggunakan latar belakang pengarang sebagai kerangka rujukan untuk mentafsirkan makna teks. Kritikan biografi berasaskan pendapat bahawa pemahaman tentang kehidupan pengarang boleh memberikan pengertian yang lebih jelas tentang karyanya. Riwayat hidup pengarang memperlihatkan bagaimana faktor persekitaran, pengalaman dan pembacaan mempengaruhi penulis secara sedar dan tidak sedar dalam penciptaan karya. Membaca biografi penulis bukan sahaja mengubah tetapi mendalamkan pengamatan pembaca terhadap teks tersebut. Walau bagaimanapun, data biografi boleh mengelirukan pembaca. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengarang mengubah fakta sejarah dengan menyembunyikan perihal yang memalukan, dan menggembar-gemburkan perihal yang akan menyerlahkan lagi karya mereka. Penggunaan data biografi yang berlebih-lebihan dianggap sebagai kekeliruan biografi, dan situasi ini dicabar oleh kritikan sastera yang disebut kritikan baru. Sebaliknya, penggunaan data biografi yang bijak dapat menghasilkan |