| health supplement | tambahan kesihatan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang didakwa boleh mengekalkan, meningkatkan dan memperbaiki fungsi kesihatan badan manusia. Produk ini dihasilkan dalam bentuk dos berunit kecil seperti kapsul, tablet, serbuk, cecair dan tidak termasuk sebarang sediaan steril (suntikan dan titis mata). Produk ini juga mungkin mengandungi satu atau lebih, atau gabungan bahan seperti yang berikut: i. vitamin, mineral, asid amino, asid lemak, enzim, probiotik, dan bahan bioaktif lain; ii. bahan semula jadi seperti haiwan, mineral, dan bahan herba sama ada dalam bentuk ekstrak, bahan terpencil, pati atau metabolit; iii. sumber sintetik bagi bahan yang disebut dalam (i) dan (ii) hanya boleh digunakan jika terbukti keselamatannya. |
| functional food | makanan fungsian | Herba | Fitokimia | Sebarang makanan segar atau yang telah diproses yang didakwa mempunyai kesan peningkatan kesihatan dan/atau pencegahan penyakit melewati fungsi nutrisi asas sebagai pembekal nutrien. Contoh makanan fungsian ialah makanan diperkaya vitamin dan bahan makanan yang mengandungi kultur hidup yang mempunyai kebaikan probiotik. Makanan fungsian kadangkala dikenali juga sebagai bahan nutraseutikal. Sinonim makanan ubatan. |
| computer crime | jenayah komputer | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Jenayah yang melibatkan penyalahgunaan komputer dan seumpama dengannya yang boleh didakwa di bawah akta jenayah komputer sesebuah negara. Jenayah ini meliputi cetak rompak perisian dan perkakasan, pengubahan dan pemusnahan sumber pemprosesan data dengan sengaja bagi tujuan jahat atau meraih keuntungan. |
| public liability insurance | insurans liabiliti awam | insurans | Tiada | Insurans liabiliti pihak ketiga yang berkaitan dengan liabiliti kecederaan anggota badan dan kerosakan harta. Insurans ini melindungi liabiliti insured apabila didakwa oleh orang awam di mahkamah. |
| depositor's forgery insurance | insurans pemalsuan penyimpan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan insurans perniagaan terhadap kerugian akibat pemalsuan atau pengubahan yang dilakukan ke atas cek, draf, nota janji hutang, yang didakwa telah ditulis oleh insured. Perlindungan ini dikeluarkan untuk individu dan badan korporat tetapi bukan kepada bank atau institusi kewangan. |
| hull and liability policy (aircraft) | polisi liabiliti dan kapal (pesawat udara) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi yang memberi perlindungan ke atas kerosakan kapal akibat kemalangan. Polisi ini juga melindungi juruterbang daripada didakwa akibat kemalangan tersebut. |
| hull and liability policy (air-craft) | polisi liabiliti dan kapal (pesawat udara) | insurans | Tiada | Polis yang memberi perlindungan ke atas kerosakan kapal akibat kemalangan. Polisi ini juga melindungi juruterbang daripada didakwa akibat kemalangan tersebut. |
| public liability insurance | insurans liabiliti awam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans liabiliti pihak ketiga yang berkaitan dengan liabiliti kecederaan anggota badan dan kerosakan harta. Insurans ini melindungi liabiliti pihak yang diinsuranskan apabila didakwa oleh orang awam di mahkamah. |
| immunities | kekebalan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hak untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang nasional. Contohnya, negara berdaulat, pegawai diplomatik dan pertubuhan antarabangsa adalah pihak-pihak yang memiliki kekebalan, iaitu tidak boleh didakwa atau dituntut daripada bidang kuasa mahkamah sesebuah negara. |
| diplomatic immunity | kekebalan diplomatik | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hak yang diberikan kepada diplomat asing untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang nasional. Hak ini termasuklah mendapat jaminan keselamatan dan tidak mudah terdedah kepada tuntutan mahkamah atau didakwa di bawah undang-undang negara tuan rumah. Perkara ini terkandung dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961, dan telah dipersetujui sebagai undangundang adat antarabangsa. Kekebalan diplomatik penting bagi memastikan kelangsungan hubungan antara kerajaan sesebuah negara dengan negara yang lain. |