| tingling | semut-semutan/ kebas | Kejururawatan | Tiada | Rasa seperti digigit dan dicucuk-cucuk dengan jarum. |
| hard ground | latar keras | Kesenian | Tiada | Latar keras: Bahan kental untuk melindung plat logam daripada digigit oleh asid dalam proses mengguris. |
| rat-bite fever | demam gigitan tikus | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit yang berjangkit yang diakibatkan oleh Spirillum minor atau Streptobacillus moniliformes yang terdapat di dalam darah di sekitar bahagian tubuh yang digigit oleh tikus yang terinfeksi; bekas gigitan tikus tersebut seterusnya mengalami inflamasi, membengkak, mengeras, terasa sakit dan berwarna gelap. |
| sip rise | sambar hirup | Perikanan | Tiada | Cara ikan menyambar umpan atau serangga dengan menghirupnya secara perlahan-lahan. Sambar hirup menghasilkan kocakan yang tidak ketara pada permukaan air, menyebabkan pemancing tidak menyedari bahawa umpan telah digigit oleh ikan. |
| bite block | blok gigitan | Perubatan | Tiada | 1. Permukaan oklusi, dibentuk atas landas dentur sementara atau kekal untuk merekodkan hubungan maksila dan mandibel dan posisi gigi. Sinonim: rim oklusi, rim gigitan.,2. Pemegang filem radiograf untuk digigit pesakit dan memberi kestabilan pada filem. |
| passive immunisation | imunisasi pasif | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Proses untuk mewujudkan daya tahan terhadap jangkitan dengan memberikan antibodi yang sedia ada. Imunisasi pasif penting sebagai langkah segera untuk mengawal penularan wabak penyakit. Imunisasi ini juga diberikan apabila seseorang digigit anjing gila (rabies), tercucuk besi karat (tetanus) atau dipatuk ular berbisa. |
| neurosis | neurosis | Psikologi | Psikologi Umum | Keadaan kecelaruan mental yang lebih ringan daripada psikosis. Individu yang menghidap penyakit ini biasanya akan mengalami simptom kehilangan celik akal termasuk kegagalan dalam ujian realiti, kebimbangan neurosis, kecelaruan personaliti, disosiatif, obsesif-kompulsif atau fobia. Kebanyakan individu sering mengalami masalah ini dalam kehidupan mereka, namun keadaan tersebut tidak begitu menjejaskan kehidupan mereka dan masih boleh meneruskan kehidupan dengan baik. Contohnya, seseorang kanak-kanak yang pernah dikejar atau digigit anjing akan mengalami fobia terhadap anjing. |
| Plectranthus amboinensis | Bangun-bangun | Pertanian | Tiada | Pokok jenis herba merayap daripada famili Labiatae. Batangnya lembut dan berair atau sukulen yang boleh juga tumbuh tegak setinggi 50 cm. Daunnya tebal, berbulu halus dan berbentuk ovat. Tepi daun bergerigi. Bunganya kecil berwarna ungu pucat. Kesemua bahagian herba ini sangat beraroma. Daunnya dibuat perasa masakan dan nasi ulam. Jus daunnya dibuat ubat untuk menyembuhkan batuk, asma dan bronkitis. Air seduhan daun diminum untuk mengeluarkan angin dalam perut dan dapat membantu mencerna makanan. Daun yang diramas dipupuk pada kulit yang melecur atau digigit serangga selain dibuat param untuk mengurangkan sakit kepala. |
| Plectranthus amboinicus | bangun-bangun | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok jenis herba merayap daripada famili Labiatae. Batangnya yang lembut dan berair atau sukulen boleh tumbuh tegak setinggi 50 cm. Daunnya tebal, berbulu halus, berbentuk ovat dan tepinya bergerigi. Bunganya kecil berwarna ungu pucat. Kesemua bahagian herba ini sangat beraroma. Daunnya dibuat perasa masakan dan nasi ulam. Jus daunnya dibuat ubat untuk menyembuhkan batuk, asma dan bronkitis. Air seduhan daun diminum untuk mengeluarkan angin dalam perut dan dapat membantu mencerna makanan. Daun yang diramas dipupuk pada kulit yang melecur atau digigit serangga selain dibuat param untuk mengurangkan sakit kepala. |