sensation-seeking scale (SSS) | skala pencarian sensasi | Psikologi | Psikologi Umum | Skala pengukuran untuk menentukan tahap bangkitan yang dihajati oleh seseorang individu. Skala pengukuran ini mempunyai item yang berkait dengan kecederungan individu untuk melakukan aktiviti lasak yang boleh memberi keseronokan luar biasa seperti aktiviti payung terjun, selam skuba, meneroka tempat-tempat luar biasa, makanan eksotik dan pesta liar. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam skala pencarian sensasi ini mempunyai trait personaliti yang sukakan aktiviti lasak. |
installer | pemasang | Teknologi Maklumat | Perisian | Sejenis perisian atau skrip pengaturcaraan yang memudahkan proses pemasangan perisian sistem komputer. Perisian ini akan memeriksa konfigurasi sistem, versi sistem pengendalian, pemacu, keaslian, kod capaian, tarikh kemas kini terakhir perisian tertentu dan memastikan perisian sandaran lain wujud sebelum memasang perisian yang dihajati oleh pengguna. Contohnya, pemasangan aplikasi Windows atau Linux. |