Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diingati


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
content chunkingpengetulan kandunganTeknologi Maklumate-PembelajaranStrategi membahagi kandungan pembelajaran kepada butiran lengkap yang mudah diurus, difahami dan diingati. Dalam konteks e-pembelajaran, pengetulan kandungan boleh berbentuk video pendek, infografik, audio, animasi dan sebagainya.
cognitivismkognitivismePendidikanTiadaTeori yang menyatakan bahawa manusia belajar seperti suatu model yang melibatkan interaksi antara apa yang telah diketahui dan bagaimana pengetahuan ini boleh diinterpretasi dan diingati.
nursery rhymepuisi kanak-kanakKesusasteraanTiadaPuisi berangkap yang muncul dalam bentuk ringkas, pendek, dan menggunakan bahasa yang mudah. Puisi kanak-kanak mementingkan rima dan baris-baris bersukat supaya mudah diingati dan digemari kanak-kanak. Temanya berkisar tentang pengalaman kanak-kanak, lucu dan berseloroh tetapi mengandungi unsur pengajaran dan moral yang baik. Contoh puisi kanak-kanak yang popular dari Barat adalah seperti yang berikut: �Humpty Dumpty� Humpty Dumpty sat on the wall, Humpty Dumpty had a great fall. All the king�s horses and all the king�s men, Could not put Humpty Dumpty together again. Dalam tradisi Melayu, puisi kanak-kanak sering muncul dalam bentuk pantun dua kerat yang mudah. Contohnya: Satu, dua, tiga, empat, Siapa cepat dia dapat. Puisi kanak-kanak dalam bentuk pantun empat kerat yang mudah. Contohnya: Pak kenek-kenek, Masuk lubang batu; Pesan datuk nenek, Simpan kain baju. Dalam kesusasteraan Arab, lagu buaian Nam Nanah Huwa dan lagu puisi berkumpulan kanak-kanak al-Tha�lab Fat fat. Dalam sastera Pa
primary effectkertas awalKomunikasiKorporatTanggapan pertama yang terhasil daripada tindak balas penerima atau khalayak yang terdedah kepada sesuatu mesej komunikasi. Mesej yang disampaikan di bahagian awal dalam sesuatu penerbitan biasanya lebih mudah diingati. Mesej kerap menjadi fokus para perancangan komunikasi dalam membentuk sesuatu kesan lain dalam penyampaian sesuatu mesej dalam sesuatu penulisan atau penerbitan. Contohnya, dalam penerbitan iklan, tanggapan pertama yang terhasil daripada pendedahan kepada sesebuah iklan boleh memberikan kesan awal yang mendalam terhadap khalayak sama ada positif atau negatif, dan diterima atau ditolak.
popular musicmuzik popularMuzikTiada

 Muzik yang diketahui dan digemari ramai, dan disebarkan melalui media massa. Melodi, meter, harmoni, bentuk dan liriknya tidak kompleks dan berdasarkan idiom muzik pop Anglo-Amerika. Melodi mudah diingati dan gayanya biasa berubah mengikut cita rasa pendengar. Alat muzik Barat seperti gitar, pensintesis, dram dan alat muzik tempatan seperti gambus, tabla dan rebana digunakan dalam muzik popular Malaysia. Contohnya, lagu seperti Jerat Percintaan yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, Fantastik oleh KRU, Sinaran oleh Sheila Majid dan Sampaikan Salam oleh kumpulan Alleycats. Sinonim muzik pop.

tagpelambangKomunikasiKorporatKenyataan yang mengandungi ayat ringkas dan padat yang memberikan tambahan nilai dan makna kepada berita, iklan, kempen perhubungan awam, atau sebarang bentuk komunikasi yang lain. Ciri kandungan ayat adalah menggunakan perkataan yang mempunyai makna yang mendalam, mudah mendapat perhatian khalayak, serta cepat difahami dan diingati. Kadangkala, ayat tersebut boleh menjadi sebutan dan ikutan dalam kalangan khalayak. Kenyataan tersebut berfungsi untuk memberikan gambaran tentang unsur positif yang terdapat pada barangan dan perkhidmatan yang disediakan.
folk poetrypuisi rakyatKesusasteraanTiadaPuisi yang disampaikan secara lisan. Puisi rakyat biasanya bersifat lirik, iaitu ungkapan puitis yang dapat digunakan untuk seni kata dalam lagu, cerita, ucapan, dan kegiatan harian. Puisi rakyat biasanya berbentuk pendek, bersukat dan berpola, amat terikat dengan keperluan bait, baris dan rima agar mudah dihafal dan diingati. Namun, terdapat juga bentuk berangkap yang lebih longgar strukturnya dan lebih panjang. Contoh bentuk pendek yang terikat ialah pantun, terutamanya pantuan dua kerat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata. Puisi lisan yang lebih panjang dan longgar ialah mantera, seloka, manakala ungkapan berirama seperti talibun, teromba, gurindam, dan perbilangan. Lihat juga mantera, talibun, teromba.
password generatorpenjana kata laluanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang menjana kata laluan secara rawak agak sukar diteka dan tidak menyamai sebarang perkataan dalam kamus. Kata laluan yang dijana juga boleh digunakan sebagai kata laluan lalai yang diberikan kepada pengguna sistem yang baru mendaftar sebelum diubah kepada kata laluan sebenar yang mudah diingati oleh pengguna.
deja vu experiencepengalaman deja vuPsikologiPsikologi UmumPengalaman yang pernah dialami berkaitan dengan sesuatu kejadian. Contohnya, apabila seseorang berada di suatu tempat tertentu, perkara yang dilihat dan dirasa begitu serupa dengan apa yang pernah dialami sehingga boleh berasa bahawa dia pernah berada di tempat itu. Mengikut sesetengah pendapat, perkara yang dilihat itu mungkin pernah dilihat menerusi gambar atau filem tetapi tempat atau masanya tidak dapat diingati lagi. Bagi ahli psikologi fisiologi, perasaan ini dikaitkan dengan seseorang yang mengalami kerosakan pada korteks atau lobus temporalnya.
strategic visionwawasan strategikPengurusanPerancanganPenyataan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan bagi menggambarkan kedudukan dan hala tuju organisasi untuk tempoh jangka panjang. Tujuan wawasan strategik ditetapkan adalah untuk membina komitmen berterusan dalam kalangan pekerja bagi melaksanakan strategi yang tepat untuk mencapai matlamat organisasi. Penyataan wawasan strategik yang berkesan lazimnya boleh digambarkan secara jelas, boleh dicapai serta mudah diingati.
12

Kembali ke atas