| cascade effect | kesan lata | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan apabila perubahan yang berlaku ke atas suatu bahagian aset sistem komputer akan menyebabkan perubahan yang dijangkakan atau tidak dijangkakan berlaku kepada bahagian aset sistem komputer yang berhubung. Perubahan ini akan berterusan untuk semua aset yang terlibat dalam hubungan ini. Contohnya, suatu pelayan proksi dipasang untuk mengelakkan pengguna mencapai laman yang dilarang, tetapi disebabkan proses penapisan pada proksi berkenaan terlampau banyak, secara tidak langsung semua capaian lain juga akan terhalang. |
| theta | teta | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perubahan yang dijangkakan dalam nilai pasaran kedudukan opsyen selepas satu hari pegangan, dengan andaian bahawa harga pasaran saham, kadar pulangan bebas risiko dan pergerakan turun naik saham adalah malar. |
| combining ability | keupayaan bergabung | Biologi | Genetik | Penyimpangan daripada yang dijangkakan dalam keupayaan sesuatu strain yang terhasil daripada suatu kacukan. |
| segregational distortion | herotan segregasi | Biologi | Genetik | pemesongan nisbah Mendel yang dijangkakan dalam kacukan, akibat kemautan atau disfungsi dalam gamet yang membawa alel. |
| equilibrium expected return | pulangan dijangka keseimbangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pulangan yang dijangkakan atas sekuriti dengan mengandaikan sekuriti itu dinilaikan dengan tepat oleh pasaran. Pulangan yang adil boleh ditentukan oleh model penilaian aset yang bersesuaian. |
| achievement age | umur pencapaian | Pendidikan | Tiada | Prestasi pencapaian yang dijangkakan dalam sesuatu ujian mengikut urutan umur. |
| prediction/ forecast | ramalan | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT. |
| life expectancy | jangka hayat | Kejuruteraan | Tiada | 2. Hayat perkhidmatan yang berfaedah yang dijangkakan bagi sesuatu peralatan. |
| equity premium | premium ekuiti | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perbezaan antara kadar pulangan yang dijangkakan atas saham biasa dan kadar pulangan bebas risiko. |
| linkage | rangkaian | Biologi | Genetik | Gabungan dalam pewarisan yang lebih besar daripada yang dijangkakan secara pemilihan bebas dua atau lebih gen tak beralel. Misalnya, rangkaian gen yang menduduki kromosom yang sama. gen terangkai, untaian. |