| contraband of war | kontraban perang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Barang yang tidak dibenarkan untuk dipindahkan daripada pihak yang berkecuali kepada suatu pihak yang sedang berperang kerana dikhuatiri akan digunakan untuk meneruskan peperangan. |
| broken pawned item | barang gadaian rosak | Ekonomi | Ekonomi Islam | Barang yang tidak sempurna yang dijadikan barang gadaian. Contohnya, gelang emas yang patah, beras yang berkulat dan rumah yang roboh. Barang yang telah rosak tidak boleh diterima sebagai barang gadaian kerana dikhuatiri tidak dapat dijual untuk melunaskan hutang. Sekiranya barang gadaian dirosakkan secara sengaja, orang yang merosakkannya dikehendaki membayar ganti rugi. Sebaliknya jika kerosakan berlaku dengan sendirinya, penggadai dikehendaki menggantikannya dengan barang gadaian yang baru. |
| addition of pawn item | penambahan barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Penokokan barang gadaian baharu sebagai tambahan terhadap barang gadaian sedia ada. Tujuan penokokan ini dilakukan adalah untuk mengukuhkan lagi nilai cagaran yang sedia ada. Contohnya, penggadai menggadaikan sepasang anting-anting emas sebagai cagaran asal kepada hutangnya dan kemudian menambah lagi seutas rantai emas untuk menguatkan cagaran yang asal tadi. Penambahan barang gadaian biasanya dibuat atas permintaan pegadai kerana dikhuatiri berlaku susut nilai barang gadaian asal. |
| interoceanic canal | terusan antara laut | Sains Marin | Tiada | Alur buatan yang terbuka bagi menghubungkan dua lautan (contohnya Terusan Panama yang menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik). Projek terbaharu yang bakal dilaksanakan ialah Terusan Nicaragua yang menghubungkan Laut Carribbean dengan Lautan Pasifik. Namun, pembinaan terusan tersebut masih dalam persoalan disebabkan oleh masalah kewangan dan masalah alam sekitar yang dikhuatiri oleh ahli sains kerana pembinaan terusan tersebut mengancam ekosistem Tasik Nicaragua yang juga merupakan kawasan tadahan air yang utama untuk Amerika Tengah. |