| back plate | plat belakang | Teknik | Elektrik | Plat logam atau penebat yang dilekat pada bahagian belakang alat tambah. Misalnya, tutupan alur keluar bagi kabel, biasanya berbentuk bulat dan mempunyai lubang beban di tengah. Sinonim plat pendan. |
| shadow mask | tapisan bayang | Teknologi Maklumat | Tiada | Skrin nipis yang dipenuhi dengan banyak lubang yang dilekat di belakang kaca tiub sinar katod warna. Pancaran elektron dibidik dan ditembak menerusi lubang-lubang ini kepada dot-dot fosfor di permukaan kaca (skrin). |
| banner | sepanduk | Komunikasi | Korporat | Maklumat yang ditulis atau dicetak di atas sesuatu bahan secara melintang. Bahan tersebut boleh dalam bentuk kertas, plastik, kain, kayu, atau logam. Bahan ini boleh dilekat atau diregang di atas pemidang untuk tujuan peragaan. Fungsi peragaan dengan menggunakan sepanduk adalah untuk membuat hebahan dan promosi mengenai sesuatu barangan, perkhidmatan, atau acara. |
| interfacing | fabrik lapik dalam | Kesenian | Tiada | 1. Fabrik lapik dalam: Lapik dalam yang diperbuat daripada fabrik bertenun atau tanpa tenun, atau daripada fabrik yang digam atau tanpa gam. Yang dijahit atau dilekat di antara lapik dalam pakaian untuk mengukuhkan tempat tertentu serta mengelakkannya daripada memberi. Contoh: pada kolar, lapel, garis leher, keruk lengan, belahan kelepet, tutup kocek dan manset. |
| bunting | pepanji | Komunikasi | Korporat | Bahan penyebaran maklumat yang dihasilkan secara menegak. Bahan tersebut terdapat dalam pelbagai jenis, seperti kertas, plastik dan kain. Struktur bahan ini boleh direka bentuk secara segi tiga atau segi empat tepat. Bahan ini boleh digantung, dilekat atau diregang di atas pemidang untuk tujuan peragaan. Bahan ini sesuai digunakan di kawasan luar bangunan dan jalanan kerana strukturnya yang kurang menahan laluan angin berbanding bahan publisiti lain seperti sepanduk. Selain itu, pepanji mudah digantung walaupun diruang yang kecil dan boleh dilekatkan pada tiang sekiranya digunakan dalam sesuatu acara. |
| sailor hat | topi kelasi | Kesenian | Tiada | 1. Topi daripada fabrik duk putih, tajuk berpesak dan tepi birainya dijahit tindih dan dilipat ke atas. Dikenali juga dengan nama topi gob atau topi tenis.,2. Topi wanita berbirai lurus, bertajuk leper dan rendah. Dipakai sejak tahun 1860-an dan dipopularkan semula pada tahun 1890-an sebagai pakaian sukan.,3. Topi beret berwarna biru kelasi, reben dilekat di pangkal tajuk dan biasanya dihias dengan sebarang nama kapal yang bersulam. Pakaian kanak-kanak lelaki yang popular pada tahun 1880-an. |