| takaful mortgage plan | pelan takaful gadai janji | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pelan yang melindungi hutang yang belum dilunaskan oleh peserta akibat kematian atau hilang upaya kekal. Hutang ini wujud akibat pembelian harta tetap seperti rumah dan tanah yang biayai oleh institusi kewangan dan kerajaan. Sekiranya peserta meninggal dunia atau hilang upaya kekal, semua baki hutangnya akan dilunaskan oleh syarikat pengendali takaful dan waris peserta tidak perlu menanggung hutang berkenaan. Sebaliknya jika peserta masih hidup selepas pelan ini matang, peserta tersebut berhak mendapat keuntungan. |
| receivable | belum terima | Pentadbiran | Tiada | Akaun jualan yang belum dilunaskan. |
| outstanding cheque | cek belum lunas | Pentadbiran | Tiada | Cek yang telah dikeluarkan tetapi belum dilunaskan. |
| zillmerisation | zilmerisasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses dalam penilaian aktuari yang sebahagian perolehan perniagaan jangka panjang tidak dilunaskan tetapi ditolak daripada rizab matematik. |
| float | apung | Pentadbiran | Tiada | 1. Dana yang terikat kerana cek sudah dikeluarkan tetapi cek itu belum lagi dilunaskan. 2. Terbitan saham baharu oleh sesebuah syarikat. |
| credit life insurance | insurans hayat kredit | insurans | Tiada | Perlindungan insurans ke atas hayat peminjam untuk melindungi bayaran hutang sekiranya peminjam meninggal dunia sebelum hutang dilunaskan. Perlindungan ini selalunya diuruskan melalui syarikat pemberi pinjam ke atas kumpulan atau individu. |
| credit life insurance | insurans hayat kredit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan insurans ke atas hayat peminjam untuk melindungi bayaran hutang sekiranya peminjam meninggal dunia sebelum hutang dilunaskan. Perlindungan ini selalunya diuruskan melalui syarikat pemberi pinjam ke atas kumpulan atau individu. |
| staggered maturity period | tempoh matang berperingkat | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tempoh matang sekuriti yang dibahagikan kepada beberapa tarikh yang berbeza. Pada setiap tarikh berkenaan, sebahagian daripada sekuriti akan matang dan perlu dilunaskan. Pembahagian tarikh tersebut bergantung pada bilangan nota primer yang diterbitkan. Contohnya, jika terdapat 10 nota primer, maka akan terdapat 10 tarikh matang yang berbeza-beza. Sekuriti yang mempunyai amaun yang besar akan diberi tempoh matang berperingkat untuk meringankan beban pengeluar sekuriti membayar balik penebusan. |
| ibra’ istifa’ | pelepasan baki bayaran | Perniagaan Islam | Tiada | Tindakan pelepasan yang dilakukan oleh individu bagi menggugurkan baki hutang. Contohnya, pemiutang melafazkan "Saya gugurkan baki hutang awak". Maka dengan itu penghutang tidak boleh meminta kembali bayaran yang sebelum ini telah dilunaskan. |
| Islamic interbank cheque clearing system | sistem penjelasan cek antara bank secara Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sistem yang membolehkan pelunasan cek antara institusi kewangan dan cek tersebut mestilah bersumberkan daripada kegiatan yang halal. Kegiatan ini akan mewujudkan bank penghubung. Amaun bagi cek yang telah dilunaskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima, manakala akaun bank pengeluar akan didebitkan. Kedua-dua akaun ini wujud di Bank Negara Malaysia. Akaun ini akan digunakan oleh bank untuk melakukan aktiviti pasaran wang Islam antara Bank. |