| asked price | harga minta/harga tawar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Harga yang disetujui oleh seseorang pelabur untuk menjual saham yang dimilikinya. |
| brain waste | pembaziran cendekiawan | Umum | Tiada | Keadaan seseorang yang kerjayanya tidak sepadan dengan kemahiran profesional dan kelayakan pendidikan tinggi yang dimilikinya. |
| critique | kritik | Kesusasteraan | Tiada | Esei atau artikel yang menyorot secara kritis sesebuah hasil seni, biasanya sastera, bertujuan untuk menentukan sifat-sifat yang dimilikinya dan menuntut mutunya menurut suatu ukuran tertentu yang telah ditetapkan atau digunakan. |
| opinion leader | pemimpin pendapat | Pentadbiran | Tiada | Individu dalam sesuatu kumpulan rujukan yang mempengaruhi ahli lain dalam kumpulan kerna kemahiran, pengetahuan dan personaliti yang dimilikinya. |
| aural rehabilitation | rehabilitasi aural | Sains Kesihatan | Tiada | Program yang dirancang untuk melatih individu cacat pendengaran supaya dapat mempelajari semula kemahiran atau kebolehan yang pernah dimilikinya. |
| security domain | domain keselamatan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Objek atau aplikasi yang boleh dicapai oleh seseorang pengguna atau suatu proses dengan had aras keselamatan yang dimilikinya. Contohnya, pengguna yang mempunyai aras keselamatan �PENTABIR� mempunyai hak untuk menambah dan membatalkan pengguna. |
| cumulative voting system | sistem pengundian terkumpul | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah pengundian pemilihan lembaga pengarah yang membolehkan seorang pemegang saham memberi mana-mana calon kesemua undi yang dimilikinya. |
| veto power | kuasa veto | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Kuasa untuk menolak atau membatalkan sesuatu keputusan. Contohnya, anggota Majlis Keselamatan PBB telah beberapa kali menggunakan kuasa veto yang dimilikinya untuk menghalang PBB daripada mengambil tindakan tertentu. |
| majority voting system | sistem pengundian majoriti | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah pemilihan lembaga pengarah yang membenarkan pemegang saham memberi mana-mana calon jumlah undi maksimum, iaitu sama dengan jumlah saham yang dimilikinya didarabkan dengan bilangan pengarah yang hendak dilantik. |
| plastid | plastid | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Organel pelbagai saiz dan bentuk yang terdapat pada sel tumbuh-tumbuhan dan berfungsi berkait dengan penghasilan nutrien tumbuh-tumbuhan dan berbagai-bagai-bagai fungsi lain. Plastid dikelaskan mengikut jenis pigmen yang dimilikinya. 2. Jasad sel selain nukleus atau sentrosom. |