Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ding] | ديڠ

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar ali (dedingin), Smilax myosotiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ding


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
selisirselisirMuzikTiada

 Skel gamelan gong kebyar Bali. Silibal solfege ini disebut dengan ding, dong, deng, dung, dang, ding. Sinonim skel selisir. Lihat juga saih, slendro, pelog.

tetawaktetawakMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Tetawak ialah gong berbusut yang diperbuat daripada gangsa. Saiznya besar, berbingkai lebar dan berdinding tebal. Alat muzik ini mempunyai register yang rendah, digantung dan dipukul pada busut dengan pemukul yang berbalut. Tetawak memainkan pic tertentu yang berfungsi sebagai penanda masa dan bentuk muzikal dalam muzik wayang kulit, gendang silat, main puteri, menora, makyong dan dikir barat. Tetawak terdapat di Semenanjung Malaysia, khususnya di pantai timur dalam ensembel muzik rakyat.

solfegesolfegeMuzikTiada

Sistem latihan vokal yang menggunakan nama tertentu bagi setiap not dalam sesuatu skel. Contohnya, solfege bagi muzik Barat ialah do, re, mi, fa, so, la, ti. Solfege bagi muzik India ialah sa, re, ga, ma, pa, dha, ni. Solfege bagi muzik Bali pula ialah ding, dong, deng, dung, dang. Sinonim solfegio, solfegro.


Kembali ke atas