| seed classification | pengelasan biji benih | Pertanian | Agronomi | Klasifikasi biji benih berasaskan ketulenan dan generasi. Baka yang dihasilkan oleh pembiak baka biji benih dipanggil biji benih pembiak baka. Apabila digandakan, biji benih generasi kedua dipanggil biji benih asas. Biji benih peringkat seterusnya dipanggil biji benih berdaftar, manakala yang diedarkan kepada pengguna dipanggil biji benih komersial. Contohnya, untuk tanaman padi, biji benih pembiak baka disimpan di bank gen MARDI, manakala biji benih berdaftar dan komersial dihasilkan oleh badan yang diiktiraf oleh kerajaan. |
| apoenzyme | apoenzim | Herba | Fitokimia | Tulang belakang kepada struktur keseluruhan enzim yang padanya terikat molekul organik kecil dipanggil koenzim dan/atau ion logam yang dipanggil kofaktor. |
| master-slave flip-flop | flip-flop tuan-hamba | Sosiologi | Tiada | Flip-flop yang dikendalikan secara tuan-hamba. Peranti yang mengawal kendalian peranti yang lain dipanggil `tuan' dan peranti yang lainnya, dipanggil `hamba'. |
| lever | tuil | Fizik | Mekanik | Mesin teringkas yang terdiri daripada satu alang tegar berpangsi pada suatu fulkrum, F. Suatu daya dipanggil usaha (effort), E, dikenakan ke atas suatu titik di atas alang untuk mengatasi suatu daya yang dipanggil beban. Terdapat tiga jenis tuil, bergantung pada kedudukan relatif usaha (effort), fulkrum dan beban. tukul kereta sorong playar kacip angkup gula pisau RUJUK RAJAH M.S. 103 |
| plant propagation | pembiakan tanaman | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah membiak tanaman sama ada melalui biji benih atau bahan vegetatif seperti keratan batang, rizom, bebawang dan umbisi. Pembiakan melalui biji benih dipanggil sebagai pembiakan seksual atau reproduktif, dan akan menghasilkan baka yang berlainan daripada baka induknya. Pembiakan selain daripada biji benih pula dipanggil sebagai pembiakan vegetatif dan bakanya adalah sama dengan induknya. Selain itu, pembiakan tanaman boleh juga dilakukan dengan menggunakan tisu kultur seperti akar, batang, daun dan pucuk. Kaedah ini dipanggil sebagai pembiakan mikro. |
| ion | ion | Fizik | Nanoteknologi | Atom atau molekul yang kehilangan atau bertambah satu atau lebih elektron sehingga cas elektrik bersihnya bersamaan dengan kehilangan atau pertambahan cas elektron. Ion yang bercas positif dipanggil kation, manakala ion bercas negatif dipanggil anion. Contohnya, tindak balas unsur natrium dengan klorin menghasilkan kation natrium (Na+) dan anion klorin (Cl-). |
| called station | stesen dipanggil | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| called party | pihak dipanggil | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| deoxyribonucleic acid (DNA) | asid deoksiribonukleik (DNA) | Fizik | Nanoteknologi | Polimer panjang yang merupakan ulangan nukleotida. Nukleotida ini terdiri daripada enam komponen molekul, iaitu dua purina-adenina (A) dan guanina (G), dua piramidina- sitosina (C) dan timina (T), gula-deoksiribosa dan asid fosforik. Purina dan pirimidina dipanggil asas. Panjang DNA ialah 2.2 nm - 2.6 nm. DNA wujud sebagai gabungan pasangan molekul bebenang yang bergabung kuat yang membentuk heliks berganda. Bebenang pertama dipanggil bebenang pengekodan dan bebenang kedua dipanggil bebenang pelengkap. DNA membawa maklumat genetik yang dipanggil gen. Maklumat genetik ini dibaca dan dipindahkan oleh RNA ke dalam protein supaya sel dapat menjalankan metabolisme. Molekul DNA dapat digunakan dalam nanoelektronik, elektronik molekul dan nanomekanik. |
| calling module | modul panggil | Teknologi Maklumat | Tiada | Modul tidak dipanggil oleh mana-mana modul lain tetapi sentiasa memanggil modul lain. |