Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipatuhi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
persistent objector ruleperaturan pembantah berterusanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSyarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh sesebuah negara yang membantah supaya tidak terikat dengan sesuatu amalan negara-negara lain yang menjadi undang-undang adat antarabangsa. Terdapat dua syarat yang perlu dipatuhi. Syarat pertama ialah bantahan hendaklah dikekalkan dari awal amalan itu mula dilakukan, sehingga ia menjadi undang-undang adat antarabangsa dan berterusan sepanjang masa. Syarat berikutnya ialah bantahan hendaklah dibuat secara tetap. Syarat-syarat ini terkandung dalam peraturan yang dibuat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes Anglo-Norwegian Fisheries. Lihat juga pembantah berterusan.
science fictionfiksyen sainsKesusasteraanTiadaFiksyen khayalan atau fantasi yang mengambil fakta sains, andaian atau hipotesis sebagai dasar cerita. Dalam fiksyen sains, prinsip asas sains yang mendasari alam semesta dipatuhi secara konsisten, walaupun sesetengah daripada fenomena sains yang dipaparkan masih belum ditemui atau belum wujud. Peraturan dan norma yang dipatuhi dalam dunia fantasi fiksyen sains adalah luas, dan tidak semestinya berpandukan pengalaman biasa. Namun, apa yang terjadi dalam penulisan fiksyen sains mestilah mengekalkan prinsip dasar sains. Contohnya, karya Robot karya Asimov dan A Space Odyssey oleh Arthur C, Clarke. Dalam sastera Melayu, contoh fiksyen sains ialah novel Dendam Siber oleh Ahmad Patria Abdullah. Lihat juga fiksyen, fiksyen antisains.
decorumtertibKesusasteraanPuisiPeraturan yang mesti dipatuhi ketika mencipta karya oleh seseorang penyair. Antara yang penting, tema atau persoalan puisi yang dikemukakan menimbulkan manfaat kepada kehidupan manusia atau mengemukakan nilai-nilai mumi. Gaya penyampaiannya juga tidak terlalu bersifat mengajar. Oleh itu, diperlukan penyampaian melalui kehalusan bahasa. Akhimya puisi itu memerlukan penghayatan apabila dibaca.
wiring regulationperaturan pendawaianSosiologiTiadaPeraturan yang perlu dipatuhi semasa pendawaian.
reporter limitationbatasan pemberitaKomunikasiTiadaHad yang perlu dipatuhi oleh pemberita berdasarkan undang-undang, peraturan, kod etika wartawan dan dasar syarikat akhbar.
marking rulesperaturan menandaPerhutananTiadaPeraturan yang perlu dipatuhi semasa membuat penandaan.
planning procedureprosedur perancanganSosiologiTiadaTatacara yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pihak dalam aktiviti merancang.
equation of continuitypersamaan keselanjaranFizikMekanikPersamaan yang dipatuhi oleh apa jua kuantiti yang abadi dan tidak musnah seperti jisim, cas elektrik, tenaga terma, tenaga elektrik atau kebarangkali kuantum mekanik. Persamaan ini menyatakan bahawa kadar penambahan kuantiti dalam apa jua rantau adalah sama dengan jumlah arus yang mengalir ke dalam rantau tersebut.
wiring regulationperaturan pendawaianTeknikElektrikPeraturan yang perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan pemasangan dan pengguna elektrik. Peraturan ini berubah mengikut waktu. Di negara ini peraturan pendawaian yang digunakan adalah berdasarkan peraturan I.E.E. (Institusi Kejuruteraan Elektrik Britain). Peraturan Tenaga Nasional, Ahli Jemaah Pemeriksa Elektrik, dan Piawaian Malaysia.
natural justicekeadilan asasiUndang-undangTiadaRukun yang perlu dipatuhi oleh organisasi atau badan yang bertanggungjawab mengadjudikasikan pertikaian.
123456789

Kembali ke atas