| subtext | subteks | Kesusasteraan | Tiada | Jargon dalam dunia teater bagi sesuatu yang tidak diperkatakan dalam teater tersebut. Subteks dibayangkan sebagai aksi senyap dan diam para pelakon semasa pementasan. Subteks juga boleh diaplikasikan kepada bentuk plot dan corak imejan. Lihat juga jargon. |
| platitude | platitud | Kesusasteraan | Tiada | Kata-kata, kenyataan dan lain-lain yang terlalu sering diperkatakan sehingga menjemukan. |
| cut in | suntingan dekat | Komunikasi | Tiada | Arahan kepada jurukamera supaya membuat tangkapan yang rapat pada sesuatu objek yang sedang diperkatakan. Tujuannya ialah untuk menjelaskan secara terperinci mengenai perkara tersebut. |
| attribute | sifat | Perpustakaan | Tiada | 1. Sebarang ciri, kualiti, atau tindakan sesuatu entri,. 2. Dalam indeks selaras, merujuk kepada subjek yang diperkatakan, misalnya sifat data, termasuk kepanjangan rekod, format rekod, nama set data, dan sebagainya |
| tropism | tropisme | Kesusasteraan | Tiada | Reaksi dalaman sesuatu watak akibat rangsangan (stimulus) luaran, contohnya dalam monolog dalaman. Tropisme boleh diandaikan sebagai sebarang perlakuan yang tidak diperkatakan tetapi terlintas dalam fikiran watak walaupun sejenak. Teknik ini bermula sebagai avant garde berbentuk separa pertuturan. Pada mulanya, teknik ini digunakan dalam disiplin biologi untuk mencerminkan pengubahsuaian sesuatu organisma secara pertumbuhan, dan bukannya pergerakan setelah diberikan stimulus. Tropisme berasal daripada bahasa Yunani tropos yang bermaksud �berputar�. Lihat juga avant-garde, monolog dalaman. |
| ground-water recharge | imbuh air tanah | Hidrogeologi | Tiada | Penambahan air ke akuifer dari semua punca: rembesan masuk dari sungai, curahan hujan dan pengairan, dan masukkan air tanah dari luar kawasan yang diperkatakan. (Tolman) (Dimensi: L3T-1) Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: tingkatan air tanah, tokokan, pengambilan air tanah |
| authorial omniscient voice | suara pengarang serba tahu | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang digunakan dalam novel untuk merujuk kepada suara pengisah yang tahu serba-serbi tentang cerita yang dikisahkan. Oleh sebab kedudukannya yang serba tahu, maka sesuatu yang diperkatakan sama ada ulasannya tentang watak ataupun pandangannya terhadap cerita secara keseluruhannya dianggap sebagai maklumat yang benar dan berwibawa. Suara yang digunakan untuk menyampaikan maklumat biasanya jarang bernada intim tetapi lebih bersifat autoritatif. Istilah ini dicipta oleh John Gardener. Lihat juga pnegisahan bermediasi, pengisah ketara, pengisah saksi, pengisah utama. |
| cut away | potong alih | Komunikasi | Tiada | Kaedah penyuntingan yang mengalihkan perhatian khalayak kepada tangkapan lain daripada adegan yang sedang ditonton. Tangkapan ini mempunyai kaitan makna dengan adegan utama yang sedang ditonton. Contohnya, semasa rancangan wawancara, perhatian khalayak boleh dialihkan dalam bentuk tangkapan reaksi atau visual mengenai perkara yang diperkatakan oleh orang yang diwawancara. |
| brand | jenama | Komunikasi | Korporat | Nama, perkataan, simbol, reka bentuk, atau kombinasi dua atau lebih unsur tersebut yang boleh memperkenalkan sesuatu barangan daripada sesebuah syarikat yang berbeza dengan barangan pesaing. Konsep jenama bermula daripada cap atau lambang yang terdapat pada bungkusan sesuatu barangan. Apabila sesuatu barangan itu kerap digunakan dan sering diperkatakan, barangan tersebut dikatakan berjenama. Apabila sesuatu barangan itu terkenal, nilai namanya turut meningkat, pengaruhnya dalam masyarakat akan bertambah, dan turut mempengaruhi harga. Bermula dari peringkat ini, sesuatu jenama itu akan diberikan ciri yang membolehkannya diletakkan dalam kategori berjenama atau tidak berjenama. Dalam pengurusan promosi, konsep jenama atau versi jenama merupakan istilah yang digunakan oleh pihak pengurusan pengiklanan untuk memberikan makna terhadap sesuatu barangan, perkhidmatan atau organisasi dalam pengertian yang lebih luas. Sesuatu jenama barangan bukan sahaja melambangkan barangan berkenaan tetapi mewakili citra organisasi |
| theme | tema | Kesusasteraan | Tiada | Mesej utama yang terkandung dalam sesebuah karya termasuklah novel, cerpen, drama dan puisi. Tema jarang diungkapkan secara langsung tetapi diekspresikan melalui imej yang berulang-ulang, mengandungi aksi, watak dan lambang serta harus ditafsirkan oleh pembaca atau khalayak. Tema berbeza dengan subjek (topik atau perkara yang ingin diperkatakan). Tema merupakan komen, pemerhatian, dan telahan tentang subjek. Tema dalam bahasa Yunani bermaksud �cadangan� atau �letak�. |