| morphism | morfisme | Matematik | Tiada | Pengitlakan suatu fungsi yang dipetakan di antara set-set. |
| object | objek | Matematik | Tiada | 1. Bagi suatu pemetaan, benda yang dipetakan kepada imejnya.,2. Benda yang dapat dicerapi. |
| depth point | titik kedalaman | Geologi | Tiada | Suatu kedudukan dalam kerja seismos tempat penentuan kedalaman suatu horizon yang dipetakan dikira. |
| initial meridian | meridian permulaan | Matematik | Tiada | Bulatan longitud sifar sewenang pada bumi atau planet tertentu atau jasad samawi yang dipetakan, contohnya meridian Greenwich bagi bumi. Prime meridian. |
| domain name system (DNS) | sistem nama domain (DNS) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem yang memetakan alamat protokol Internet ke alamat nama domain yang boleh difahami pengguna. Contohnya, nama domain www.dbp.gov.my dipetakan daripada alamat protokol Internet 202.184.84.2. |
| bit map | peta bit | Teknologi Maklumat | Perisian | Suatu struktur data yang mewakili grid piksel segi empat, yang dapat dilihat melalui monitor atau medium paparan lain. Imej digital disimpan dalam fail imej dalam pelbagai format. Setiap grid dipetakan bit demi bit untuk mewakili satu imej. Secara teknikal, peta bit dikategorikan berdasarkan panjang dan lebar imej dalam unit piksel atau bilangan bit per piksel. Peta bit dikenali juga sebagai grafik raster. Imej peta bit boleh dihasilkan melalui pengimbas dan juga kamera digital. |
| pelemaan | lemmatize | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Proses yang mengembalikan sesuatu bentuk kata terbitan kepada kata dasar atau lema dengan merujuk kepada golongan kata dan maklumat korpus yang berkaitan. Sebagai contoh, kata terbitan seperti �persendirian�, �kendiri�, �berdiri�, �menyendiri� dan �tersendiri� boleh dipetakan kepada lema �sendiri� atau �diri� bergantung pada konteks. Kaedah ini digunakan secara meluas dalam analitik teks dan pemprosesan bahasa tabii. Lihat juga pengakaran. |
| data migration | migrasi data | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses memindahkan data antara pelbagai storan, format atau sistem komputer. Migrasi data biasanya dilaksanakan menggunakan atur cara untuk mencapai migrasi secara automatik tanpa melibatkan penggunaan tenaga manusia. Proses migrasi diperlukan apabila pengguna menukar sistem komputer atau menambah baik kepada sistem baharu, atau apabila sistem digabungkan. Untuk mencapai prosedur migrasi data yang berkesan, data yang terdapat pada sistem lama perlu dipetakan kepada sistem baharu dengan menyediakan reka bentuk bagi pengekstrakan data dan pemuatan data. |
| geocode | geokod | Pertanian | Agroteknologi | Kedudukan sesuatu lokasi, contohnya sebuah rumah yang diberikan koordinat petanya (garis bujur dan garis lintang) supaya kedudukan rumah dalam peta mudah ditentukan. Geokod digunakan� dalam pertanian persis untuk mengenal pasti kedudukan sesuatu bidang tanah. Dalam kaedah pertanian persis, baja ditabur mengikut kesuburan tanah yang berbeza mengikut lokasi ladang itu. Perbezaan antara lokasi boleh dipetakan dan kadar baja yang ditabur adalah berasaskan kesuburan tanah di lokasi berkenaan. Untuk menentukan lokasi, sistem penempatan global (GPS) digunakan dan geokod lokasi itu mesti diketahui terlebih dahulu. Lihat juga sistem penempatan global. |
| retinal pattern | corak retina | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Bentuk dan topologi saluran darah pada bahagian belakang ketebalan, intensiti warna, dan percambahan atau percantuman saluran darah. Ciri ini boleh menjadi titik rujukan yang membentuk perwakilan corak retina. Corak ini boleh menjadi titik rujukan yang membentuk perwakilan corak retina. Corak ini diperoleh daripada alat pengimbas retina biometrik dan dipetakan kepada ringkasan digital. Rangkaian ini boleh diproses untuk tujuan penyahihan identiti. |