| ratooning | peladunan | Pertanian | Agronomi | Kaedah membiarkan pangkal pokok tidak dipotong semasa penuaian supaya ladun yang tumbuh akan menggantikan pokok induk yang dituai. Contohnya, dalam tanaman tebu, batang tebu dipotong ke aras 10 cm dan seterusnya ladun yang tumbuh akan menjadi hasil tuaian pada musim yang seterusnya. Ini dilakukan sehingga mendapat tiga kali tuaian daripada satu penanaman. Hasil akan menurun pada setiap kali ladun dituai dan selepas tiga pusingan tuaian, tebu perlu ditanam semula. Kebaikan kaedah ini ialah pengurangan kos penyediaan kawasan, dan memanjangkan hayat ekonomi tanaman. |
| grain character | corak urat | Kesenian | Hiasan Dalaman | Corak urat kayu yang terhasil apabila permukaan kayu daripada pokok dipotong. Corak yang terhasil ini bergantung kepada cara pemotongan, sama ada dipotong serong atau secara berputar, selain faktor sifat semula jadi pokok tersebut. |
| critical height of cut | ketinggian cemas | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Ketinggian tanah yang mampu bertahan (tidak runtuh) tanpa disokong oleh topang setelah dipotong. Ketinggian ini berkadaran dengan jeleketan tanah yang dipotong, manakala rintangan terhadap gelinciran berkadaran dengan ketinggian h, dan daya yang menghasilkan gelinciran pula berkadaran dengan h2. |
| Cleft grafting | Cantuman baji | Pertanian | Agronomi | Kaedah mencantumkan pokok penanti yang matang dengan sion yang lebih muda. Pokok penanti terlebih dahulu dipotong bersih dan dibelah di tengah batang sehingga 10 cm dalam. Dahan pokok sion dipotong dan ditajamkan di bahagian bawah. Satu pokok penanti boleh dicantumkan dengan dua atau lebih dahan sion. Bahagian cantuman kemudiannya ditutupi lilin untuk mengelakkan cantuman kehilangan air. |
| plush | plush | Kesenian | Hiasan Dalaman | Permukaan atas tekstil atau benang bulu yang ditenun secara menegak dan padat, dipotong mengikut kaedah pail atau nap yang menyerupai baldu atau fustian. Tenunan atau tekstil daripada benang bulu yang ditenun secara menegak dan padat yang dipotong mengikut kaedah pail atau nap. Plush digunakan secara meluas untuk upholsteri, perabot serta digunakan untuk membuat pakaian dan topi. Plush moden dihasilkan daripada serat tiruan seperti poliester atau rayon. Plush berasal daripada perkataan Perancis iaitu peluche. |
| uncut pile | pail tak dipotong | Sosiologi | Tiada | Tiada |
| passed traffic | lalu lintas dipotong | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| rabbet | tanggam | Kejuruteraan | Tiada | 1. Alur yang dipotong pada bahagian tertentu.,2. Jalur yang dipasang pada bahagian, misalnya penahan atau kedap.,3. Sambungan yang dibentuk dengan memasang anggota ke dalam alur, saluran, atau lekukan pada muka atau segi anggota kedua. |
| brounoise | brounoise | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sayuran yang dipotong dadu berukuran 3 mm x 3 mm x 3 mm. |
| fillet | filet | Perikanan | Tiada | Isi ikan yang dipotong daripada kedua-dua belah badan ikan dalam bentuk kepingan besar. Kepingan isi ikan ini diperoleh dengan cara membuang tulang tengah, kepala dan bahagian perut ikan. Ikan yang mempunyai tulang yang banyak tidak sesuai untuk dijadikan filet. Filet boleh disimpan sejuk, dibekukan atau terus digunakan. |