| biotic climax | klimaks biotik | Biologi | Ekologi | Klimaks sesuatu komuniti yang terbentuk akibat aktiviti haiwan, misalnya padang rumput yang tidak boleh membentuk belukar akibat sentiasa diragut oleh haiwan. |
| splash rise | sambar ragut | Perikanan | Tiada | Cara ikan menyambar umpan atau serangga dengan gelojoh sehingga menghasilkan kocakan air yang kuat pada permukaan air dan boleh mengejutkan pemancing apabila umpan diragut ikan. |
| victim facilitation | pemudahan mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan atau keadaan apabila seseorang individu mewujudkan peluang secara tidak sengaja yang membolehkan pelaku melakukan jenayah terhadapnya. Contohnya, seorang wanita meletakkan beg tangan di dalam troli semasa membeli belah sehingga mengakibatkan beg wanita tersebut diragut. |
| pulses | kekacang | Pertanian | Agronomi | Tumbuhan daripada famili Leguminoseae atau Fabaceae. Ciri-ciri tumbuhan ini termasuklah mempunyai daun majmuk, buah yang berbentuk lenggai dan akar yang berupaya mengikat nitrogen melalui simbiosis dengan bakteria Rhizobium. Kekacang boleh digunakan sebagai makanan berprotein tinggi seperti kacang tanah dan kacang soya. Daun kekacang pula diragut oleh ternakan untuk mendapatkan sumber protein. Kadangkala kekacang seperti Mucuna bracteata dan Centrosema pubescens digunakan sebagai penutup bumi di ladang kelapa sawit dan getah. |
| paddock | padok | Veterinar | Tiada | Kawasan berpagar yang digunakan sebagai tempat untuk haiwan meragut atau bersenam. Biasanya kawasan ragutan pastura dibahagikan kepada beberapa kawasan kecil untuk menempatkan ternakan dalam tempoh tertentu. Bagi perladangan yang mengamalkan sistem ragutan ekstensif, kawasan ragutan akan dibahagikan kepada beberapa petak supaya ternakan boleh ditempatkan dalam kawasan ini secara bergiliran. Kaedah ini dilakukan bagi memastikan rumput dalam sesuatu petak dapat tumbuh secukupnya sebelum diragut semula dan juga untuk mengelakkan serangan parasit. Bagi sesetengah ternakan seperti kuda, kawasan ini biasanya terletak berhampiran kandang yang berlantaikan tanah atau tanah yang ditutup pasir bagi membolehkan kuda bersenam. |
| glyricidia | glirisidia | Veterinar | Tiada | Pokok kekacang bersaiz sederhana dan mudah hidup. Pokok ini ditanam di kawasan ladang sebagai tanaman pelindung bagi tanaman teh, kopi dan koko. Pokok tahunan berakar panjang ini dapat menghasilkan bahan kering sebanyak 5-10 tan/hektar dan 17-19% kandungan protein kasar. Kekacang ini boleh juga ditanam sebagai pagar dan dipotong untuk makanan ternakan. Walaupun mengeluarkan biji benih, ia boleh dibiak dengan menggunakan keratan batang. Pokok ini tahan diragut dan dilentur tanpa banyak kerosakan. Pada musim kemarau dan semasa berbunga, daunnya akan gugur dan selepas itu pokoknya terus hidup semula. Nama saintifik: Glyricidia sepium. |