| braking heat dissipation | keresapan haba brek | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Haba yang diresap semasa brek digunakan pada kenderaan. |
| respiration | pernafasan | Veterinar | Praklinikal | Proses pembekalan oksigen daripada persekitaran kepada setiap sel bagi menghasilkan tenaga dan menyingkirkan karbon dioksida yang merupakan hasil sampingan metabolisme sel. Proses ini terbahagi kepada dua; iaitu pernafasan luaran dan dalaman. Pernafasan luaran melibatkan penyedutan udara melalui hidung ke paru-paru; kemudian oksigen diresap dari alveolus ke dalam darah dan karbon dioksida dikeluarkan ke alveolus. Pernafasan dalaman atau pernafasan tisu adalah pemindahan oksigen dari darah ke tisu sementara karbon dioksida dipindahkan dari tisu ke darah. |