| free indirect style | wacana bebas tak langsung | Kesusasteraan | Tiada | Teknik pengarang menyampaikan pemikiran dan ujaran watak secara tidak langsung dari sudut pandangan watak, seolah-oleh disampaikan sendiri oleh watak. Teknik ini menggabungkan ciri-ciri ujaran secara langsung daripada seorang watak dengan ciri-ciri ujaran tidak langsung seorang pengarang. Contohnya, ujaran bebas langsung dalam novel, �F?tim?h berk?t?, �Aku r?s? diriku tersisih. Perset?nk?n merek?!� Contoh ujaran bebas tidak langsung dalam novel, �F?tim?h berk?t?, dirinya tersisih. Perset?nkan merek?!� |
| oxymoron | oksimoron | Kesusasteraan | Tiada | Cantuman dua atau lebih perkataan secara berturutan dan maknanya bertentangan, berlawanan dan tidak sepadan. Oksimoron ialah alat bahasa yang lumrah dan berkait rapat dengan paradoks serta antitesis terutamanya dalam karya puisi. Contoh oksimoron terdapat dalam Romeo and Juliet karya Shakespeare. Romeo menggunakan oksimoron seperti �O loving hate�, dan �O heavy lightness�. Dalam bahasa Melayu, oksimoron boleh dilihat dalam ungkapan seperti �pahit manis� dan �susah senang�. Dalam contoh ini, perkataan �susah� berlawanan atau bertentangan dengan perkataan �senang�. Oksimoron ditemui dalam sajak Arena Wati berjudul �Kelahiran�. Petikan sajaknya seperti yang berikut: �Tempatku datang, pindah...� Contoh lain ditemui dalam sajak bertajuk �Ibu yang Satu� oleh Mohd Amran Daud melalui petikan: �Menghiburkan diriku siang malam�. |