| dramatic irony | ironi dramatik | Kesenian | Drama dan Teater | Aksi atau perkataan yang mempunyai makna terselindung yang disedari oleh penonton, tetapi tidak disedari oleh watak dalam drama. Aksi ini menimbulkan kesan dramatik yang lebih menarik untuk ditonton atau dihayati. |
| automatism | automatisme | Perubatan | Tiada | Keadaan berlakunya tindakan tanpa disedari atau tindakan tanpa kawalan. |
| nocturnal enuresis | emersis nokturnal | Perubatan | Tiada | Perbuatan kencing tanpa disedari hingga membasahi tilam di waktu malam. |
| manipulative behaviour | perilaku manipulatif | Kejururawatan | Tiada | Tingkah laku yang disedari atau tidak oleh individu untuk mempengaruhi pihak lain bagi memenuhi keperluan atau niatnya. |
| night grinding | pengeritan malam | Perubatan | Tiada | Pengisaran gigi yang tidak disedari sewaktu tidur malam dan biasanya dikaitkan dengan keletihan, tekanan emosi dan ketegangan. |
| covert observation | pemerhatian terselindung | Pendidikan | Tiada | Pencerapan yang dibuat tanpa disedari orang yang dicerap untuk mendapatkan maklumat yang sebenar. |
| body awareness | kesedaran tubuh | Kesenian | Drama dan Teater | Posisi badan yang harus disedari pelakon dalam adegan tertentu. |
| automatism | automatisme | Perubatan | Tiada | 1. Perbuatan bukan refleks yang berlaku secara tidak terkawal atau tanpa disedari. 2. Fahaman bahawa aktiviti otak merupakan punca bagi segala proses mental. |
| intuitive knowledge | pengetahuan intuitif | Pendidikan | Tiada | Pengetahuan yang diperoleh melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan tanpa disedari dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. |
| phenomenology | fenomenologi | Kesusasteraan | Tiada | Perspektif dan metodologi untuk menyelidik sesuatu fenomena. Fenomena berkaitan dengan sesuatu perkara yang disedari oleh kesedaran manusia secara terus tanpa anggapan a priori atau anggapan yang dibuat sebelumnya. Metodologi ini menekankan peranan kesedaran seseorang pengamat sebagi paksi. Fenomenologi merupakan gerakan falsafah awal pada abad ke-20 yang diasaskan oleh ahli falsafah jerman, Edmund Husserl (1959-1939). Menurut Husserl, objek penyiasatan falsafah yang sebenar bukanlah sekadar sesuatu yang dapat dikesan oleh deria, tetapi lebih merupakan isi kandungan kesedaran a priori seseorang tentang sesuatu. Dengan menyiasat keadaan dan proses mental dan intelektual secara terperinci, Husserl yakin bahawa sifat asas atau kesedaran seseorang atau sesuatu fenomena dapat didedahkan. Implikasinya adalah terhadap kesedaran seseorang pengamat yang merupakan punca dan pusat kepada makna dan ilmu. Dalam kritikan penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi m |