| catchable size | saiz boleh tangkap | Perikanan | Tiada | Saiz ikan yang dibenarkan untuk ditangkap seperti yang ditetapkan oleh peraturan perikanan. Saiz ikan yang boleh ditangkap bergantung pada umur matang sesuatu spesies. Saiz ikan yang kurang daripada saiz matang pertama tidak boleh ditangkap. |
| size limit | had saiz | Perikanan | Tiada | Peraturan pengurusan sumber perikanan yang mengehadkan saiz ikan yang boleh ditangkap. Berdasarkan peraturan ini, ikan bersaiz kecil, iaitu kurang daripada saiz matang tidak boleh ditangkap dan perlu dilepaskan semula bagi membolehkan ikan tersebut membesar dan membiak. Peraturan ini dilaksanakan bagi memastikan sumber perikanan dapat dikawal. Denda akan dikenakan apabila tangkapan tidak mematuhi had saiz yang dibenarkan. |
| prisoner of war | tawanan perang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Penempur yang ditangkap oleh musuh. Tawanan perang yang tidak lagi mampu berperang dilindungi oleh undangundang kemanusiaan antarabangsa. Ini bermakna mereka tidak boleh dibunuh atau dicederakan, malah mesti diberikan makanan, pakaian, rawatan jika cedera atau sakit, dan sebagainya. Tetapi sekiranya sebelum ditangkap, mereka didapati ada melakukan jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan, mereka boleh didakwa di dalam mahkamah. |
| seizable | boleh ditangkap | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| catch-tag-release | tangkap-tanda-lepas | Perikanan | Tiada | Kaedah menganggar populasi ikan rekreasi dengan cara menangkap, merekod maklumat ikan seperti saiz dan berat, menanda pada bahagian tertentu dan kemudiannya melepaskan semula ikan yang ditangkap. Ikan yang telah melalui kaedah ini biasanya ditangkap semula setelah beberapa tempoh tertentu bagi melihat perkembangannya. Kaedah ini diguna pakai terhadap spesies ikan tertentu untuk tujuan penyelidikan, pemuliharaan dan pengurusan spesies terancam. |
| capture-recapture method | kaedah tawan semula HUT), kaedah tangkap-ditangkap semula | Perikanan | Tiada | Tiada |
| bump ball | bola lantun | Sukan | Tiada | Bola yang ditangkap selepas melantun. |
| resonance region | kawasan resonans | Kejuruteraan | Tiada | Julat tenaga semasa neutron ditangkap resonans. |
| mesonic atom | atom meson | Kejuruteraan | Tiada | Atom yang terbentuk bila meson negatif ditangkap oleh medan nukleus dan wujud seketika pada salah satu aras tenaga. |
| mesic atom | atom meson | Kejuruteraan | Tiada | Atom yang terbentuk bila meson negatif ditangkap oleh medan nukleus dan wujud seketika pada salah satu aras tenaga. |