Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
insertion anomalyanomali selitanTeknologi MaklumatTiadaKeadaan apabila sesuatu rangkap maklumat tidak boleh ditemui di dalam jadual sehingga satu baris maklumat lain ditemui terlebih dahulu.
paleobotanypaleobotaniArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTumbuh-tumbuhan pada zaman lampau yang ditemui di dalam tapak arkeologi seperti debunga. Tumbuh-tumbuhan ini dijadikan bukti pemakanan dan pengaruh persekitaran kehidupan masyarakat pada zaman itu. Di Semenanjung Malaysia, debunga kekacang berusia sekitar 10 000 tahun, ditemui di Gunung Senyum (Pahang), manakala debunga Oryza Satiya berusia 2500 tahun ditemui di Gua Sireh (Sarawak), di Kuala Selinsing (Perak) berusia 2200 tahun serta di Gua Cha (Kelantan) pula berusia sekitar 930 tahun.
parallel worlddunia sejajarKesusasteraanTiadaDunia fantasi yang wujud dan selari dengan dunia nyata. Dunia sejajar boleh ditemui dalam karya fantasi dan fiksyen sains. Dunia sejajar juga ditemui dalam puisi, contohnya puisi �Sofourns in the Parallel World� oleh Denise Levertor.
correlation (drill)sekaitan (gerudi)KejuruteraanPetroleumPencartaan bergraf atau pencartaan dengan membuat garisan-garisan penghubung antara satu jujukan formasi yang ditemui dalam satu telaga gerudi dengan jujukan formasi yang ditemui dalam telaga yang lain; biasanya antara telaga yang berjiran. Persekaitan dibuat dengan cara menyambungkan titik-titik yang terdapat pada log-log telaga yang memperlihatkan ciri-ciri yang setara.
cross-datingpentarikhan silangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPentarikhan yang membandingkan antara dua tapak berdasarkan artifak dan/atau lapisan budaya yang ditemui pada tapak tersebut. Contohnya, tembikar yang ditemui pada lapisan 2 di tapak A mempunyai ciri yang sama dengan tembikar yang dijumpai pada lapisan 3 di tapak B. Ciri-ciri ini menunjukkan terdapat persamaan budaya dan zaman pada kedua-dua tapak tersebut. Kaedah ini sesuai digunakan jika tidak terdapat pentarikhan kronometrik.
shell middenstimbunan sisa cangkerangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak timbunan yang terbentuk akibat tinggalan cangkerang. Tapak ini ditemui di kawasan persisiran pantai atau kawasan pedalaman, menjadi bukti penempatan manusia serta sisa makanan. Perkembangannya wujud pada tahap Hoabinhian kerana ditemui alat batu di dalam timbunan sisa cangkerang ini. Contohnya, di Gua Kepah, Pulau Pinang (5000 tahun), Seberang Perak, Perak (6000 tahun) dan di pantai timur laut Sumatera. Tapak ini dikenali dengan nama kyokken moddinger yang diambil daripada perkataan Denmark bermaksud dapur cangkerang.
comic reliefkelegaan komikKesusasteraanTiadaAdegan yang melegakan buat sementara waktu ketika ketegangan aksi memuncak. Adegan ini biasa ditemui dalam drama tragedi. Contohnya, dalam drama berjudul King Lear oleh Shakespeare. Adegan dalam drama ini dapat dilihat melalui watak fool (badut) bergurau dengan Lear. Adegan ini juga ditemui dalam drama Shakespere berjudul Macbeth melalui watak penjaga pintu yang mabuk. Adegan yang melibatkan penakawan dalam cerita wayang kulit juga dianggap sebagai kelegaan komik. Lihat juga tragedi.
archaeological burialrekod pengebumian arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiRekod tentang kubur yang ditemui di tapak arkeologi. Rekod ini diambil dengan menggunakan kaedah mengambil gambar, pengukuran, catatan dan kajian makmal. Tujuannya untuk menyimpan data berhubung dengan sistem pengebumian arkeologi seperti jantina, umur, kaum dan status. Contohnya, rekod pengebumian arkeologi yang ditemui di Kuala Selinsing (Perak) dan Gua Niah (Sarawak).
funerary goodsbarangan pengebumianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTinggalan yang ditemui di dalam kubur yang berperanan sebagai barang iringan. Tinggalan ini mempunyai fungsi untuk kegunaan si mati di alam lain dan pada waktu yang sama turut berperanan sebagai lambang atau status. Antara barangan pengebumian separti kalung tulang binatang, gelang batu, tembikar, manik dan alat batu. Kedudukan barangan ini, biasanya berada di bahagian kepala, badan, kaki dan sisi mayat. Contoh tempat bahan ini ditemui ialah di Gua Cha (Kelantan) . Gua Gunung Runtuh (Perak) dan Gua Niah (Sarawak). Sinonim bekal pengebumian.
grand styleadigayaKesusasteraanTiadaGaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola.
12345678910...

Kembali ke atas