| concrete | konkrit | Kesusasteraan | Puisi | Perihal puisi yang mempunyai bentuk yang jelas. Contohnya, pantun yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu rima akhir a b a b, setiap baris terdiri dari empat perkataan dan setiap perenggan mempunyai empat baris seperti pantun di bawah. Sinonim maujud. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang. Pantai Rengit Teluk berlembah, Tarik sampan turun menuba; Walau langit dirasakan rendah, Tiadalah bulan jatuh ke riba. |
| canon of poetry | piawai nilai puisi | Kesusasteraan | Puisi | Peraturan atau ciri yang khusus bagi sesebuah puisi merupakan asas bagi menilai sesebuah puisi. Umpamanya bagi menilai serangkap pantun yang mengandungi nilai-nilai estetik. Pantun ini mempunyai pembentukan rima akhimya a b a b, jumlah perkataan dalam setiap baris biasanya empat dan jumlah suku katanya antara lapan hingga dua belas. Sinonim daftar karya puisi. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang. |