stereotype | stereotaip | Psikologi | Tiada | Kepercayaan atau jangkaan umum yang biasanya negatif terhadap kelompok tertentu. Individu terlalu mudah untuk membina stereotaip yang salah terhadap individu lain atau kelompok tertentu kerana ingatannya terhadap perkara yang tidak betul yang dilakukan oleh seseorang itu lebih mudah diingat dan kekal lama. Contohnya, jika individu pernah ditipu oleh penjual barangan tertentu, maka kecenderungan individu berkenaan untuk membentuk stereotaip yang salah terhadap semua penjual barangan adalah tinggi. |