Kekerapan penggunaan sebidang tanah dengan aktiviti penanaman. Intensiti penanaman yang tinggi digambarkan dengan penggunaan tanah secara berterusan sepanjang tahun tanpa memberi ruang masa untuk tanah direhatkan daripada tanaman. Contohnya, kawasan jelapang padi di Kuala Selangor, intensiti penanamannya tinggi dengan padi ditanam lima kali dalam dua tahun. Tanaman baru dimulakan lebih kurang 20 hari selepas tanaman lama dituai. Sebaliknya, intensiti penanaman rendah terdapat di kawasan yang tidak menerima pengairan di Negeri Sembilan. Tanaman padi diusahakan hanya sekali setahun dan tanah dibiarkan sebagai kawasan ragutan ternakan selama 7 bulan. Intensiti penanaman tinggi memerlukan input baja yang tinggi dan lebih terdedah kepada risiko perosak dan penyakit.