| ambassador | duta besar | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perwakilan diplomatik tertinggi sesebuah negara dengan negara lain dalam hubungan antarabangsa. Peraturan antarabangsa mengenai duta ini telah dimeterai dalam kongres Vienna pada 19 Mac 1815 antara ketua negara Eropah. Konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik kemudiannya ditandatangani pada 18 April 1961 yang mengukuhkan lagi kedudukan duta besar sebagai perwakilan negara asing yang tertinggi. Seseorang duta besar diterima oleh ketua negara dengan menyerahkan surat watikah lantikan dalam satu upacara rasmi negara. Perwakilan tersebut menjadi pihak penghubung antara negara mereka dengan negara tuan rumah dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial. Perwakilan mempunyai hak imuniti di negara tuan rumah. |
| Ambassador Extraordinary & Plenipotentiary | Duta Besar Istimewa dan Mutlak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
| Envoy Extraordinary and Plenipotentiary | Duta Besar Mutlak dan Istimewa | Sejarah | Tiada | Orang yang dilantik sebagai pegawai diplomatik yang mempunyai kuasa yang mutlak dan istimewa mewakili negaranya dalam urusan antarabangsa. |
| charge d�affaires | kuasa usaha | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Penjawat yang mewakili Kementerian Luar Negeri sesebuah negara yang ditempatkan di luar negara. Jawatan tersebut merupakan pangkat tertinggi selepas duta besar di pejabat kedutaan. Semua pegawai diplomatik yang ditempatkan di sesebuah negara asing biasanya dikenali sebagai kor diplomat dan duta besar bertindak sebagai ketua. Para diplomat dan kakitangannya serta keluarga mereka diberikan hak imuniti (kekebalan). |
| plenipotentiary | plenipotensiari | Sejarah | Tiada | Wakil atau duta besar yang mempunyai kuasa penuh untuk bertindak dan membuat keputusan bagi pihak kerajaannya. |