| gelintar dwi-arah | bidirectional search | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Teknik gelintar yang dilakukan secara dua arah, iaitu gelintar ke hadapan dari nod awal ke nod gol dan serentak gelintar ke belakang dari nod gol ke nod awal. Keputusan carian diperoleh apabila kedua-dua gelintaran ini bertemu pada satu nod perantaraan, yang seterusnya membolehkan laluan lengkap dari nod awal ke nod gol dibina. Teknik ini biasanya lebih pantas berbanding gelintaran satu arah dan digunakan dalam sistem navigasi, perancangan laluan dan penentuan laluan terpendek antara dua lokasi dalam peta. |
| bi- | bi-; dwi- | Perubatan | Tiada | 1. Awalan yang menunjukkan dua, atau dua kali. |
| bi-pack printing | teraan dwi-pak | Komunikasi | Tiada | 1. Proses membuat salinan filem yang digunakan dalam teknik tangkap tindan. Lihat juga: tangkap tindan. 2. Proses membuat dedahan berulang pada sesuatu imej dengan cara dua imej yang sama dicetak secara serentak. |
| Austro-German Dual Alliance | Perikatan Dwi-Austria-Jerman | Sejarah | Tiada | Tiada |
| teleconferencing | telekonferens | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sistem komunikasi yang menggunakan suara dwi-hala, video, dan/atau komputer antara peserta persidangan di kawasan yang terpisah. |
| one-off budget | belanjawan sekali beri | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Peruntukan kewangan yang hanya diberikan sekali sahaja bagi sesuatu tujuan. Ia tidak berkala seperti bulanan, tahunan atau dwi tahunan. Biasanya belanjawan seperti ini digunakan untuk perbelanjaan yang tidak tetap, tidak berulang dan bersifat hangus. Belanjawan ini biasanya diberikan pada awal tahun dan salah satu cara ia digunakan ialah untuk membeli alat perkakasan dan perabot pejabat. |
| bisyllabic rhyme | rima dwisuku | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang menunjukkan suku kata sama yang ditekankan, diikuti oleh suku kata yang tidak ditekankan `Dam dan Dan' disebut rima, "samping dan damping" disebut rima dwi suku. |
| gelintar tak termaklum | uninformed search | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Teknik gelintar yang meneroka ruang keadaan masalah tanpa maklumat tambahan kecuali maklumat asas seperti nod awal, nod akhir dan tindakan sedia ada. Contohnya gelintar dalam dahulu, gelintaran kelebaran dahulu dan gelintar dwi-arah. Banding gelintar termaklum. |
| gelintar ruang keadaan | state space search | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Teknik gelintar yang mencari penyelesaian masalah dengan meneroka semua kemungkinan keadaan yang akan berlaku. Teknik ini bermula dari nod awal dan bergerak melalui keadaan berpotensi sehingga mencapai nod gol. Masalah seperti permainan catur merupakan contoh yang memanfaatkan ruang keadaan, kerana setiap langkah menghasilkan keadaan baharu sehingga mencapai kemenangan. Contoh gelintar ruang keadaan ialah gelintar dwi-arah, gelintar pendakian bukit dan gelintar heuristik. Lihat juga ruang keadaan. |
| pengetag golongan kata (POS) | part of speech (POS) tagger | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Alkhwarizmi dalam pemprosesan bahasa tabii (NLP) yang melabelkan golongan kata (POS) dalam ayat sesebuah teks secara automatik seperti dalam aplikasi sistem soal jawab dan analisis sentimen. Contoh golongan kata utama dalam bahasa Melayu ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Sebagai contoh, bagi ayat �Keluarga saya suka berkelah di tepi pantai Merdeka�, setiap kata akan di tag secara automatik kepada kata dan tag: �keluarga = kata nama, saya = ganti nama, suka, berkelah = kata kerja, �di� = kata tugas, �tepi� = kata adjektif, pantai = kata nama, �Merdeka� = kata nama khas�. Alkhwarizmi yang sering digunakan bagi mengetag golongan kata adalah berasaskan peraturan, kaedah stokastik dan kaedah berasaskan rangkaian neural seperti Model Markov Tersembunyi (HMM), Rangkaian Memori Jangka Pendek Panjang Dwi Arah (Bi-LSTM) dan Transformer. |